Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Rabu, 15 September 2010

Kekayaan yang 'membunuh'...suatu pandangan peribadi

Perlu aku tegaskan di sini bahawa catatan ini tiada kaitan langsung dengan kes pembunuhan Datuk Sosilawati yang masyhur itu.
Siapa  mahu jadi kaya ? Pasti pada kebanyakan orang menganggap ini satu soalan yang bodoh. Masakan tidak. Sedangkan si gila yang bergelandangan itu pun akan menjawab 'Ya' inikan pula kita yang mengaku serba waras ini. Tapi, benarkah kekayaan itu ibu kepada segala kebahagiaan ?. Dan apa lagi yang kita cari dalam hidup yang maha singkat ini jika bukan untuk mencari apa yang kita panggil kebahagiaan ?. Tapi, sekali lagi aku bertanya, benarkah kekayaan itu ibu kepada segala kebahagiaan ? Atau kekayaan itu umpama gula dan kita ini pula semut-semut hitam yang mengerumuninya. Ironinya, pepatah pula menyebut "mati semut kerana gula"....

Sesungguhnya, untuk menjadi kaya itu bukanlah mudah. Namun apabila sudah menjadi kaya, biasanya akan menjadi lebih payah. Berbahagialah kepada si takwa yang memiliki kekayaan. Dengan kakayaan itu si takwa bersedekah, membantu mereka yang susah dan memanjangkan ibadah. Hal ini kerana, si takwa mampu menguasai kekayaan itu dan bukan kekayaan itu pula yang menguasainya. Andainya kekayaan tidak ditangan si takwa, nescaya kekayaan itu menjadi kekayaan yang 'membunuh'...Berikut dipaparkan beberapa pandangan yang perlu difikirkan. (hanya pandangan peribadi penulis)


Kekayaan yang 'membunuh' masa
Kata orang kaya  " Times is Money"..


Kekayaan yang 'membunuh' sikap rendah diri
Orang kaya tidak bergantung kepada golongan marhein, sebaliknya menjadikan golongan itu sebagai mesin duitnya.


Kekayaan yang 'membunuh' sahabat
Orang miskin bersahabat atas dasar saling bergantungan dan kasih sayang, oang kaya bersahabat atas dasar perniagaan.


Kekayaan yang 'membunuh' ketenangan
Kata seorang sarjana Inggeris, apabila anda sifatkan wang itu seperti tuhan, maka tuhan akan mendera anda sebagaimana tuhan mendera syaitan....


Kekayaan yang 'membunuh' kasih sayang
Orang miskin dikasihi kerana ehsan sesama insan, orang kaya dikasihi kerana kekayaan..


Kekayaan yang membunuh si empunya !
......Hoiii....mengapa Altantunya dibom ????

1 ulasan:

shahrilhakime berkata...

Pade awok le.....sebenonye......kaya tu pun dugaan pade kite...... pade daso nye mungkin kite nampok je senang....di dalam silap2 kite lebih susah daghi oghang susah......mane idaknye....bile udah kaye.....ghiso kite bulih jadi susah balik....mulele peghangei2 mazmumah datang........ tepuk dada tanye Iman