Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Khamis, 23 September 2010

Dari Kenyir ke Banding..


Bulan Mei yang lalu aku dengan geng mancing 'menyerang' satu lagi lokasi yang khabarnya hebat iaitu Tasik Kenyir, Trengganu. Dengan kekuatan seramai 12 'tentera', sepatutnya habis pupus segala spesies ikan di perut tasik itu. Perjalanan yang melebihi  6 jam termasuk tersesat dalam ladang sawit, bagaikan tidak terasa. Seorang sahabat yang terkena sawan mancing bercakap secara non stop. Segalanya tentang ikan dan joran. Berkerak telinga aku mendengarnya. 'Senjata' dia sahaja aku tahu beribu nilainya. Mujur memang duit berkepuk pun. Kadang-kadang, kami yang lain nak keluarkan joran sendiri pun rasa silu...hihihi. Kami 3 hari  2 malam di sana. 

Menjelang Maghrib kami tiba di jeti. Bermalam dulu di rumah bot yang istimewa itu. Kami memilih untuk bermalam di rumah bot kerana ia menjimatkan berbanding menyewa mana-mana hotel. Lagipun kami mahu segera mencium 'bau' kelah yang menjadi buruan. Dua tukang masak yang kami bawa benar-benar berjaya membuncitkan perut-perut kami, dari malam yang pertama hingga ke hari terakhirnya. Malam itu kami menyambung angan. Aku secara bergurau mencadangkan supaya kami menyewa sebuah lagi bot, khas untuk membawa 'ghanimah' kami nanti...

Perjalanan 6 jam dari jeti ke lokasi memancing sedikit mengejutkan kami. Aku 3 kali tidur bangun .. tapi masih tak sampai-sampai. Malam tadi berjaga menonton World Cup. Sahabat yang kesawanan mancing itu juga yang berjaga terus. Ada-ada sahaja yang dibuat. Kisah ikan dan joran tidak pernah habis. Sekejap keluarkan joran. Sekejap periksa umpan. Sekejap mengikat perambut. Sekejap....segalanya joran segalanya umpan. Akulah jugak tukang melayannya. Si tukang masak asyik memasak tanpa henti. Wajarlah berat badan aku naik 5 kilo dalam masa tiga hari itu. Pemandangan di sekitar tasik sangat cantik. Alun-alun air tasik yang begitu halus cukup mendamaikan. Keajaiban alam itu sedikit banyak melontar jemuku..

Kami sampai dalam pertengahan antara Zohor dan Asar. Sebaik sahaja tali bot ditambat ke sepohon pokok berhampiran tebing, umpan-umpan pun seperti hujan menimpa muka tasik. Tapi...tiada sekor pun yang sangkut ! Kami mulai tidak sedap hati. Dua kumpulan melompat ke dua perut dua buah bot. Meluncur laju mencari lubuk kelah. Kerana waktu itu hujan mulai turun, aku memilih untuk terus berada di dalam rumah bot. Sehingga maghrib hanya toman dan haruan sebesar lengan yang naik. Kami bukan mencari toman. Bukan haruan. Lampan datang berkawan-kawan menyambar umpan buah-buah sawit yang ditabur. Mana kelah ? Mana  patin atau sebarau ?.  Mereka yang pergi dengan bot pun pulang hanya membawa toman dan haruan. Itu pun sebesar lengan.  Kami kecewa. Pandangan  kali pertama pandangan yang negatif. 

Usaha tetap berterusan hingga ke subuh. Namun hasil tangkapan tetap sama. Baung-baung kecil menambah sakit di jiwa kami semua. Apa yang tak kena ? Atau benarkah Tasik Kenyir ini indah khabar daripada rupa. Kamikah  'tentera' yang tidak cukup latihan ?. Maka di sini kami ditewaskan !!. Dan esoknya pun begitu. Malam esoknya juga begitu. Pagi esok yang esoknya pun begitu.... Sebahagian daripada kami mulai jemu dan malas. Ramai yang duduk bersembang sambil meratah keropok losong dan merebus maggi. Kami mentertawakan diri masing-masing. Kekecewaan dijadikan bahan jenaka. Sahabat yang kesawanan mancing sampai mengingau-ngingau bertanyakan kelah... Sedih pulak aku melihat raut kesedihan dia... 

Demi menebus kekecawaan di Kenyir, minggu depan pada hari Sabtu bersamaan 2hb Oktober, kami akan bertandang ke perkampungan orang asal di Banding, Perak. Kami akan bawakan pukat, rawai dan jala. Awas lah... gagal bersenjatakan joran, pasti 3 senjata tadi sebagai galang gantinya. Boleh guna BOM tak ???? Hihihiihii...

6 ulasan:

tinuj berkata...

Salam yop,
Sekado maklum.
Mike ke Bandingtu melintaih depan ghomah teman. 2hb tu teman nak ke tepen kendughi kawin anak kawan.

shahrilhakime berkata...

Salam Chor....
group mike ni silap bace niii...
patot niat sebot Kelah...
tapi tersebot toman.....lampan...haghuan....
mmg kompom le tak naikkk Kelah.....

mike menjale tu elok2 Chor.....
dalam tempat mike nak pegi tu ......

PakNgahYob@AcikLee berkata...

teman ngan geng kampung teman patutnye ada opeghasi membughu keloh pada 25 sept. di Banding ngan 3 buah 4x4....tup...tup....tangguh ke haghi lain pulok....ishhhh lecor ayo lio teman pase udoh siap ayo pencicoh teman buat nok menghatoh keloh bakor...

a.samad jaafar berkata...

Teman pun kene tangguh Pak Yob..anok nok Pmr..lupe pulok.. lepaih abih deme peghekse le nampok gayenye..

kelisa_samudera berkata...

ujong taun lepas awok pegi banding sampai 4 hari 4 malam. tapi disebabkan awok tak minat mancing, tengok aje le oghang lain mancing. tunggu punya tunggu hagham tak naik. ape idaknye, pegi pun sampai 10 bot. bukan kate kelah, ghimau pun lari yobb.

http://kelisasamudera.blogspot.com/2009/12/kembara-saya-tahun-ini-melabuhkan.html

tinuj berkata...

Dah betangguh belake bile nak nyampei ke Bandingnye. Yop samad dan PakNgahYopKidei menkeme boleh hubungi teman melalui email: tinuj06@yahoo.com. Mane le tahu kut teman boleh jumpe mike on the way ke Tsk. Banding.tk