anak balik dari sekolah petang mengadu basikalnya rosak... kene la aku bawak basikal tu pergi repair kat kedai basikal... dah lewat pun kene pegi jugak.. dah nak maghrib pun kene pegi jugak.. kalau tak, esok nak sekolah kesian pulak nak suruh dia jalan kaki.. memang sekolah dia kat sebelah tu je.. memanglah.. tapi, biarlah dia berbasikal kan..
kedai basikal letaknya sebelah kedai makan mamak... malu jugak time-time dah nak maghrib masih kat pekan.. tapi macam aku kata tadi la.. kene pegi la jugak.. aku tengok ramai yeop-yeop 40-an ,50-an dan 60-an kat kedai mamak tu.. penuh di dalam.. bersepah kat luar/ kaki lima kedai. .. ade tiga empat orang yang kenal aku.. lambai-lambai ajak minum.. aku berikan isyarat tangan.. menolak cara baik.. hati mula runsing.. azan dah bergema..! aku malu berada di situ..
azan bergema terus.. yeop-yeop 40-an, 50-an dan 60-an tingkah-meningkah memanggil mamak.. "roti canai banjir satu !... teh tarik kurang manis satu !.." aku lihat mereka bersenda.. aku dengar mereka berketawa.. aku jadi bingung.. lapar sangatkah mereka..? mengapa semacam sengaja menempah waktu-waktu begini baru teringat nak melantak canai meneguk teh panas.. kenapa bukan datang lebih awal sahaja tadi..? sempatkah solat maghrib itu nanti.. ? aku semakin rimas..
merayu aku pada tukang pomen basikal tu.. tolong segera siapkan basikal anak aku itu.. tolongggg.. aku mahu pulang.. aku malu di situ.. aku kecamuk jiwa melihat yeop-yeop yang seperti tidak tahu melihat jarum jarum jam yang melekat pada pergelangan tangan mereka itu.. mereka barangkali tidak mendengar azan yang sayu memujuk mereka tadi..
basikal siap.. terus kuperosokkannya ke 4x4 aku.. dalam perjalanan pulang.. aku tetap bingung... udoh-udoh la tu yeop weih.. umur kita dah senja.. seperti maghrib itulah.. sebentar sahaja lagi.. tibalah malam.. aku gagal untuk tersenyum..