Nama panjang aku Abdul Samad bin Jaafar bin Itam Harun (Pawang Itam) bin Ngah Yakun (Pawang Ngah) bin Pendekar Ali bin Imam Pasir Garam...maknanya keturunan aku terkumpulnya pawang segala pawang. Malang jugaklah bila tiada pula pawang tenaga batin tersenarai sama. Biarkan aku gambarkan fizikalku dulu. Secara kasarnya, aku berambut ikal penuh kutu-wajah lebih mirip wajah mak cuma bentuk mulut dan hidungku mengikut abah-wajah 'tegang' pun mengikut abah-kulit sawo matang -perut buncit merening penuh cacing-jarang berbaju-berseluar jerut-kurap menjalar di pelipat kaki-berkaki ayam penuh debu. Begitulah umumnya anak2 kecil kampungku. Serba daif dan kekurangan. Aku patut berterima kasih pada abah yang memberikan nama yang mudah diingat dan mudah pulak disebut. Aku pun tak tahu bagaimana abah boleh memilih nama itu. Barangkali abah terpesona pada kehebatan dua bapa saudaraku yang bergelar tok guru yang juga memiliki nama yang sama denganku. Yang ini aku benar2 tak tahu...
Arwah mak pula terlalu baik orangnya. Perwatakan mak penuh kelucuan. Mak disenangi dan dikasihi saudara mara dan kebanyakan penduduk kampungku. Rajinnya luar biasa. Mak guru yang mngajarkan ilmu al-qur'an kepada bukan sahaja anak-anak dikampungku, malah anak-anak dari kampung sebelah juga. Pagi mak menoreh getah. Petang mak kerjakan sawah. Malamnya mngajar orang mngaji. Sibuk betul mak. Mak seorang yang begitu berbaik sangka. Aku pernah sengaja menipu dia dengan perkara2 yang sukar diterima akal (dengan niat bergurau)..tp mak tetap percaya. Biasanya aku akan ketawa besar dengan sikap mak itu. Jarang benar mak memanggil aku dengan namaku, sebaliknya dipanggilnya aku dengan segala kata2 yang muluk kata2 memanjakan..."juah mak' - 'intan payung mak' - 'manja mak' - 'buah hati mak' - 'sayang mak' - ' anak mak'. Sesuai pula dengan layanan mak pada aku. Setiap pagi mak mandikan aku. Mak menyabun aku dengan sabun Cap Kapak hijau yang biasanya digunakan untuk membasuh kain baju pada zaman itu. Disentalnya segala daki di kaki -di leher- di muka dengan sabut kelapa. Tergeliat2 lah aku menahan sakit. Habis mandi disapukan pulak bedak sejuk yang mak buat sendiri. Memang wangi, cuma muka jadi pelik semacam. Rambut aku pula dilumur2 dengan minyak kelapa yang juga mak tanak sendiri. Kemudian mak ambil sikat buluh yang mak panggil 'sikat kerap' lalu digaru2kan ke rambutku. Mana2 kutu kepala yang tersangkut, mak letak atas bontot talam, Mak tenyek2 dengan kuku kerasnya dengan geram. Aku suka benar mendengar letup perut kutu2 gemuk itu. Keletup-keletup bunyinya... dicampur pulak bunyi dengung talam tadi lalu melantunkan sesuatu yang asyik pula. Aku sendiripun turut tersenyum puas. Solekan dan dandanan mak tidak bertahan lama pun. Sejam aku bermain dengan kawan2, habislah semuanya. Bedak dihanyut peluh ke dagu, minyak kelapa merayap ke muka. Aku seperti keling bermandikan minyak lenge. Aku ingat benar kenangan ini...
Bagaimana pula abahku ? Seorang bomoh terkenal di tempatku pernah berbisik padaku.." ayah kamu harimau besar yang menyimpan kuku..". Saudara tua abah pula pernah secara bergurau mengatakan bahawa hantu pun akan menyimpang kalau berselisih dengan abahku.. Jadi rasanya itu lebih daripada cukup untuk menggambarkan tentang diri abah. Sejujurnya aku amat bangga dan kagum dengan abah. Kadang2 ada rasa malu pada abah. Seperti mak, abah juga guru mengajar al-qur'an di kampungku. Bezanya, abah terlalu garang. Abah pantang bila anak murid merenung wajahnya. Cepat sekali tapak tangan abah hinggap ke muka. Aku merasa jugaklah 'nikmat' penamparnya itu. Bukan sekali..berkali2. .Abah manjakan aku dengan cara abah lah. Abah selalu bawa aku ke mana2. Malah ketika dia merawat orang kerasukan dan mengejar puaka yang mengganggu di desa pun aku tak pernah ditinggalnya (akan kuceritakan di lain catatan, insyaallah). Barangkali , kerana itulah aku ini membesar sebagai seorang yang agak berani dalam hal2 mistik. Agak akulah... Paling aku suka dan yang paling aku ingat, abah selalu bawa aku ke pekan kecil berhampiran kampungku. Pekan Karai namanya. Masa itulah abah akan belanja aku makan roti canai dan kundas mamak Dollah..Terasa kasih sayang abah ada untukku....
.......bersambung !Arwah mak pula terlalu baik orangnya. Perwatakan mak penuh kelucuan. Mak disenangi dan dikasihi saudara mara dan kebanyakan penduduk kampungku. Rajinnya luar biasa. Mak guru yang mngajarkan ilmu al-qur'an kepada bukan sahaja anak-anak dikampungku, malah anak-anak dari kampung sebelah juga. Pagi mak menoreh getah. Petang mak kerjakan sawah. Malamnya mngajar orang mngaji. Sibuk betul mak. Mak seorang yang begitu berbaik sangka. Aku pernah sengaja menipu dia dengan perkara2 yang sukar diterima akal (dengan niat bergurau)..tp mak tetap percaya. Biasanya aku akan ketawa besar dengan sikap mak itu. Jarang benar mak memanggil aku dengan namaku, sebaliknya dipanggilnya aku dengan segala kata2 yang muluk kata2 memanjakan..."juah mak' - 'intan payung mak' - 'manja mak' - 'buah hati mak' - 'sayang mak' - ' anak mak'. Sesuai pula dengan layanan mak pada aku. Setiap pagi mak mandikan aku. Mak menyabun aku dengan sabun Cap Kapak hijau yang biasanya digunakan untuk membasuh kain baju pada zaman itu. Disentalnya segala daki di kaki -di leher- di muka dengan sabut kelapa. Tergeliat2 lah aku menahan sakit. Habis mandi disapukan pulak bedak sejuk yang mak buat sendiri. Memang wangi, cuma muka jadi pelik semacam. Rambut aku pula dilumur2 dengan minyak kelapa yang juga mak tanak sendiri. Kemudian mak ambil sikat buluh yang mak panggil 'sikat kerap' lalu digaru2kan ke rambutku. Mana2 kutu kepala yang tersangkut, mak letak atas bontot talam, Mak tenyek2 dengan kuku kerasnya dengan geram. Aku suka benar mendengar letup perut kutu2 gemuk itu. Keletup-keletup bunyinya... dicampur pulak bunyi dengung talam tadi lalu melantunkan sesuatu yang asyik pula. Aku sendiripun turut tersenyum puas. Solekan dan dandanan mak tidak bertahan lama pun. Sejam aku bermain dengan kawan2, habislah semuanya. Bedak dihanyut peluh ke dagu, minyak kelapa merayap ke muka. Aku seperti keling bermandikan minyak lenge. Aku ingat benar kenangan ini...
Bagaimana pula abahku ? Seorang bomoh terkenal di tempatku pernah berbisik padaku.." ayah kamu harimau besar yang menyimpan kuku..". Saudara tua abah pula pernah secara bergurau mengatakan bahawa hantu pun akan menyimpang kalau berselisih dengan abahku.. Jadi rasanya itu lebih daripada cukup untuk menggambarkan tentang diri abah. Sejujurnya aku amat bangga dan kagum dengan abah. Kadang2 ada rasa malu pada abah. Seperti mak, abah juga guru mengajar al-qur'an di kampungku. Bezanya, abah terlalu garang. Abah pantang bila anak murid merenung wajahnya. Cepat sekali tapak tangan abah hinggap ke muka. Aku merasa jugaklah 'nikmat' penamparnya itu. Bukan sekali..berkali2. .Abah manjakan aku dengan cara abah lah. Abah selalu bawa aku ke mana2. Malah ketika dia merawat orang kerasukan dan mengejar puaka yang mengganggu di desa pun aku tak pernah ditinggalnya (akan kuceritakan di lain catatan, insyaallah). Barangkali , kerana itulah aku ini membesar sebagai seorang yang agak berani dalam hal2 mistik. Agak akulah... Paling aku suka dan yang paling aku ingat, abah selalu bawa aku ke pekan kecil berhampiran kampungku. Pekan Karai namanya. Masa itulah abah akan belanja aku makan roti canai dan kundas mamak Dollah..Terasa kasih sayang abah ada untukku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan