Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Jumaat, 30 Julai 2010

Rogayah hilang disorok hantu ??


Heboh satu kampung. Rogayah anak Che Mamat hilang lagi. Sebelum solat jumaat tadi, ketua kampung kami, Pak Abbas mengumumkanya. Nanti selepas solat penduduk kampung diminta berkumpul di rumah Che Mamat. Seingat aku, Rogayah baru saja hilang seminggu yang lalu. Jenuh jugak penduduk aku mencarinya. Waktu ditemui, Rogayah terselit dicelah2 dahan nangka di kebun getah Pak Kasim. Pening jugak kepala orang yang melihat keadaannya ketika itu. Tiada jawapan bagi merasionalkan punca dia boleh berada di dahan yang paling tinggi pada pohon nangka sebesar pemeluk itu. Setahu kami, dia tidak pandai memanjat. Tubuh Rogayah menggeletar seperti dlm kedinginan yang amat sangat. Bantal busuknya dipeluk erat. Wajahnya pucat dan bibirnya kebiruan. Hanya itu yang masih aku ingat kerana waktu itu aku masih terlalu kecil. Mungkin baru berumur antara 8 hingga 10 tahun sahaja. Kini Rogayah hilang lagi..

Ketika orang2 dewasa berkumpul dan merancang kaedah terbaik mencarinya, aku dengan Antan Ndu sibuk bermain guli. Kami segera berhenti apabila mereka mulai bergerak menuju kawasan2 yang telah dibahagi2kan tadi. Aku mengekori kumpulan yang akan memulakan operasi mencari di kebun getah Pak Kasim. Walaupun aku dilarang tetapi atas kesanggupan sepupuku, Mad Nor untuk menjaga aku, maka aku dibenarkan juga. Kumpulan ini mengharapkan agar Rogayah akan ditemui di pohon nangka yang sama tempoh hari. Sesampainya kami di pohon tersebut, masing2 mendongak ke arah dahan2 yang silang-menyilang pada batang pohon nangka tersebut. Seorang pemuda yang berasa tidak puas hati, segera memanjat. Sah. Rogayah tiada di situ. Pencarian diteruskan dengan mencari hampir di setiap inci kebun Pak Kasim. Ada yang melaung2 nama Rogayah, ada yang mengetuk2 tin2 kosong, tempurung dan kayu2 sebesar lengan dan ada yang menendang2 semak2 belukar di kebun itu. Sarang2 babi disingkap dan ditebas. Aku tidak pasti tujuan segala tempurung, tin2 kosong dan kayu2 itu diketuk. Aku pun tidak bertanyakan tentang itu. Biarlah..itu urusan orang dewasa. Namun ternyata semua usaha kami itu sia2. Menjelang senja, kami kembali berkumpul di halaman rumah Che Mamat. Kumpulan2 yang lain menyusul tidak lama selepas itu. Ketua kampung mencadangkan supaya usaha disambung selepas solat maghrib. Aku tidak menyertai mereka malam itu.

Masuk hari kedua, seorang pawang dijemput untuk membantu. Sambil yang lain meneruskan usaha mencari, pawang pula berusaha dengan caranya sendiri. Sehelai tikar mengkuang dibentang di bawah sepohon rambutan di tepi laman rumah Che Mamat. Pawang dan dua orang dewasa mengemaskan sila di situ. Aku bertinggung di pangkal pohon rambutan itu. Aku berminat untuk melihat cara pawang itu bekerja. Lagipun pawang itu datuk saudaraku sendiri. Dupa kemenyan berisi bara dihulur. Pawang mengeluarkan sebuku kemenyan dari dalam saku bajunya. Tangan kasar pawang meramas perlahan2 kemenyan yang berada digenggaman. Asap berkumpul2. Bau kemenyan semerbak mengisi ruang udara yang berhampiran. Pawang memulakan manteranya. Aku pula mula bersila. Mata aku buka luas2. Aku bagaikan tidak sabar mengikuti adegan seterusnya. Pawang itu aku amati sungguh2. Dia kemudiannya mengeluarkan sehelai kain berwarna kuning lalu menutupi kepalanya. Pawang terbatuk2 kecil. Suasana sepi. Tiba2 pawang memberikan salam. Kali ini suaranya benar2 berubah. Suara itu amat garau. Dia bertanya tujuan dia dipanggil ke situ.



Orang dewasa yang bermisai tebal menjelaskan tujuan dia dijemput ke situ. pawang angguk perlahan. Orang dewasa yang kedua maju ke depan dupa lalu meramas2 kemenyan sebesar hujung kelingking. Pawang diam sejenak. Kami semua membatu dan menunggu dengan sabar. Tidak lama kemudian pawang bersuara lagi. Kali ini dia berdialog dengan 'seseorang' yang tiada seorang pun antara kami yang mampu melihatnya. Sesekali dia meninggikan suara, sesekali dia memujuk 'orang' itu. Dialog yang berlangsung agak panjang dan merimaskan kami yang setia menunggu. Semua yang aku lihat aku nilai dengan pandangan yang agak sinis. Barangkali aku kurang meyakininya. Atau aku memang tidak yakini langsung sebenarnya.




Dialog antara pawang dengan 'orang 'itu selesai. Pawang terbatuk2 kecil lagi. Pawang diam seketika sebelum tangan kasarnya membuka kain kuning yang menutupi kepalanya. Dia meminta sebatang rokok dari orang dewasa yang bermisai tebal. Kami masih menunggu sesuatu daripadanya dengan sabar. Tiada yang berani bersuara. Menurut pawang itu, Rogayah dipinjam sehari dua untuk majlis 'ronggeng' orang bunian. Rogayah dalam keadaan yang sihat. Selepas selesai majli ronggeng ketua bunian sendiri yang akan menghantar Rogayah pulang. Kata pawang lagi, dia telah puas memujuk tetapi memang sikap orang bunian susah benar untuk beralah. Semua yang mendengar menganga mulut. Aku tidak pasti sama ada mereka mempercayainya atau tidak. tapi aku yang masih budak menelannya bulat2 pula biarpun tadinya aku tidak menyakininya.



Empat hari berlalu.. Rogayah masih belum ditemui. Menjelang maghrib hari itu, Pak Lang terburu2 datang ke rumah aku mendapatkan abah yang sedang bersiap untuk ke masjid. Jala Pak Lang tersangkutkan mayat yang separuh reput. Mayat itu dikenalpasti sah mayat Rogayah berdasaran baju dan seluar yang dipakainya.. Abah segera mengikut Pak Lang ke tebing sungai. Mayat Rogayah diangkat dan dipindahkan ke rumah Che Mamat. Keesokan harinya, mayat Rogayah selamat disemadikan. Segala urusan dilakukan oleh abah kerana tiada siapa yang sanggup menahan bau mayat yang membusuk itu. Misteri kehilangan Royah terjawab akhirnya. Pawang yang membantu pada hari kehilangan dulu benar2 'terpukul' dengan penemuan itu. Dia berhenti terus daripada kerja2 pembomohan tidak lama dari peristiwa itu. Namun sehingga kini, suatu persoalan masih bermain di fikiranku. Adakah pawang itu berlakon pada upacara berdialog dengan bunian itu ? Sukar aku mengatakan bahawa pawang itu berdusta. Atau, mungkin sekali lagi manusia dipermainkan oleh makhluk durjana itu.... wallah hu'alam..


Tiada ulasan: