Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Ahad, 19 Disember 2010

Mad.. Ini Kesoh Itam Harun, Tuk Kamu..

Catatan ini adalah sebagai memenuhi permintaan abang dan kakakku. Bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.. Maha suci Allah..aku berlindung daripada sifat riak.. Sebaliknya, kami berharap semoga jika ada keturunan Ngah Yakun dan Imam Pasir Garam yang terbaca catatan ini dan mengenali datuk kami, Itam Harun, diharapkan dapat menghubungi kami bagi menjalinkan semula ikatan kekeluargaan yang sekian lama terputus.
  
Aku.. Abdul Samad b. Jaafar b. Itam Harun b. Ngah Yakun b. Pendekar Ali. Mereka ini keturunan ahli pelayaran suku kaum Batak dari Ambarita, Samosir, Indonesia. Ngah Yakun seorang pawang yang handal, berhijrah ke Tanah Melayu bersama abangnya yang bernama Imam Pasir Garam. Ngah Yakun menetap di daerah Kuala Kangsar manakala abangnya bergerak ke hilir Perak lalu membuka sebuah kampung yang di kenali sebagai Kampung Pasir Garam di daerah Parit, Perak. Daripada keturunan kedua-dua beradik ini, ada yang berhijrah ke Johor lalu keadaan ini telah memisahkan perhubungan kekeluargaan sehingga ke hari ini. Itam Harun adalah salah seorang anak Ngah Yakun yang mewarisi ilmu kepawangan yang begitu ampuh dan berwibawa. Tiada sebarang maklumat yang diperoleh tentang adik beradiknya yang lain.

Datukku, Itam Harun lebih dikenali sebagai Pawang Itam. Kehandalan Pawang Itam menjadi sebutan masyarakat pada zaman itu sehingga sampai ke pengetahuan Al-marhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah (1948-1963) Sultan Perak ke-32 lalu memintanya menjadi ketua Pawang di-Raja, Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar. Jawatan itu dikekalkan pada zaman pemerintahan   Al-marhum Sultan Idris al-Mutawakkil Alallah Shah (1963-1984). Walau bagaimanapun, Pawang Itam meninggal dunia pada tahun 1970-an pada usia melebihi 100 tahun. Pawang Itam bukan sahaja handal sebagai seorang pawang, malah terkenal sebagai seorang pendekar. 

Antara kehebatan Pawang Itam yang sering diperkatakan :
  1. mampu bersilat di atas susunan takar yang penuh berisi air tanpa mengocakkan air di dalamnya. 
  2. pernah membelasah sepasukan tentera Jepun yang ingin menangkapnya tanpa menggunakan sebarang senjata.
  3. dalam keadaan yang terdesak, beliau mampu bergerak dengan sangat cepat ke sesuatu destinasi.  
  4. merawat mangsa ilmu santau dengan mudah. Kununnya, mangsa dibaringkan dan dengan satu jentikan jarinya ke lantai/tanah, mangsa terus pulih.
  5. merawat orang yang kerasukan cukup dengan hanya meluruskan jari telunjuknya ke arah mangsa sambil berkata " kamu keluar !..". Dengan izin Allah, mangsa akan tersedar..
  6. masyarakat zaman itu suka berjudi dan melaga ayam. Sekiranya mereka mengetahui bahawa beliau akan datang ke kampung  mereka, aktiviti itu akan di'cuti'kan, malah ada yang bersembunyi.
  7. pada usia genap 60 tahun, semua giginya gugur. Beberapa bulan kemudian, kesemua giginya tumbuh semula. Gigi itu kekal ke akhir hayatnya.
  8. ahhh.. Cukup lah ! 
Secara peribadi, aku amat kagum setiap kali orang-orang tua di kampung aku bercerita tentang datukku itu. Walaupun kadang-kadang sukar dipercayai, tetapi kebanyakan mereka mengesahkan bahawa semua yang aku dengar itu adalah benar. Semasa aku kecil dulu, sekiranya aku memperkenalkan diri sebagai cucu Itam Harun, maka orang-orang tua akan segera memeluk dan menciumku. Tindakan itu tentulah menghairankan aku. Namun apabila aku semakin dewasa, tahulah aku.. betapa masyarakat dahulu terlalu menghormati susuk yang mereka gelar Pawang Itam itu.. Wallahhu'alam..


20 ulasan:

Cikgooden berkata...

bila dah tahu, cucu itam pendekar...aku masih tak gamak nak peluk kamu, samad..hehehehe

Mat Gebu berkata...

Salam, cukup kagum saya mendengar tulisan N3 anda, ada sejarah yg tersirat...moga terus berblog dengan didikasi....salam dari DTS - Mat Gebu...

a.samad jaafar berkata...

Din..hiii..geli aku !!!

a.samad jaafar berkata...

MatGebu.. t kasih sudi dtg datang.. saya sekadar memenuhi permintaan abg dan kakak saya..

sharouk berkata...

Ate tak ke nuntut, mun kalu ade ajo le keme sikit aih. mane tau kot boleh berambat atah ayo sunge Perok lak. Kan ngutuk yak, pase awok lame dah teringin berambat atahs ayo. Mace Bismillah, jalan atahs ayo tenggelam juge.

kelisa_samudera berkata...

hoh, keturunan oghang besor2 ghopenye kamu ye. semoge kamu dpt jumpe sedaghe2 yg lain. sebagey sahabat awok tumpang bangge. semoge suatu mase nanti darah elok ketughunan kamu tughun ke anok2. sayang bebenor kalo ditinggey sebagai kenangan aje.

Fiqas berkata...

salam...wow, kagum saya dengan salasilah family mad ni..

eMMe berkata...

wah! yop, mat gebu singgah blog mike...
kagum baca sejarah Datuk n moyang yop dulu2....mmg betul kata Mat Gebu punya sejarah tersirat....n jasa arwah tok n moyang mike dikenang hingga ke ari ni....

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob Samad, Adeeiii bebaik kome, ni cucu pendekar ni. Pawang dulu power giler Yob, gerun nengornyer!

wahida berkata...

fuiyooooo...keturunan pendekar...ni yg rasa semakin bersemangat nak jumpa bro ni...

aniz berkata...

salam..emm menarik..jaga namanya agar terus dihormati..=)

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob, rasa Yong ada tulis komen, tapi tak kuor ke? Haaa komen akak, berhati-hatilah bila jumpa Yob Samad ni, gentorlah pulok, cucu Pendekar, jangan memain kome!

Aku Dan Teksi berkata...

Kalau cam tu sedarah bolehla mengubat orang kot.Kata orang ilmu akan turun ke cucu.
Boleh ke..?Nak dtg ni.

Jank berkata...

wahhhh ini betul2 semalam yang hangat ni bang. boleh la sampaikan ilmu ni hehe

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Kalau pandangan masyarakat begitu tinggi, maka kita perlulah hargainya.
Semoga terus mendapat penghormatan, dan saling menghormati dalam masyarakat.

TQ

Ummi Hanie berkata...

Salam Yop Mad

terkesima hamba mmbaca ceghita kehebatan moyang yop ni...bertuah lah jadi cucu cicit beliau...point yg last tu plg buat sy ternganga..ajaib sungguh gg tumbuh semula ;)

yeop berkata...

yeop tahu tak tentang imam pasir garam ni kalau betul tau sebab saya mencari name sebenor dia saya hairul anuar bin yeop ahmad bin uda mat diah bin imam musa bin imam seraja indera mengikut geran tanah yang ada pada kame memang tapak mesjid lame pasir garam ni tepi sungai garam sekarang udah dua kali berubah

Tanpa Nama berkata...

Buat salasilah keluarga. Kumpulkan keluarga semua agar bersatu. Subuh2 sapie terbaca. Lama tak ke kg jamuan ngan periang.

Unknown berkata...

Salam..
Saya ada satu salasilah yang menyamai salasilah tuan.

- Jaafar bin Itam Harun bin Ngah Nyakun bin Pawang Ali.
- Adik beradik Ngah Nyakun ialah Pawang Kolah(saya piutnya), Kulop Moden, dan Alang Ubah. Benarkah Imam Pasir Garam ialah abang Ngah Nyakun?

Pengumpul salasilah Pawang Ali kami telah meninggal dunia. Terdapat kehilangan data yang masih dalam proses untuk menyelamatkannya.

Jika salasilah kita sebenarnya sama, boleh kita berkolaborasi :)

Unknown berkata...

Saya kira imam pasir garam mempunyai nama lain yg sebenar seperti yg saudara yeop tanyakan di atas.