Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Jumaat, 3 Disember 2010

Kucing Kecil Itu

Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

Kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah, kucing kecil itu berlari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”

Moral:


Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan. Selalunya begitu.

Dipetik Daripada Blog Pengajaran Kisah Tauladan untuk tatapan dan renungan kita bersama...

7 ulasan:

sahromnasrudin berkata...

as salam ziarah..terima kasih berkunjung ke blog sy..kunjungan sdra sy hargai..saya folo sdra kembali krn blog sdra hebat dan ada info..semoga berkunjung semula ke blog saya ya

wahida berkata...

semua org ada kelebihan dan kekurangan masing2...

shahrilhakime berkata...

errrmmm....
ade benonye kate2 leh tu.....
tapi maslaahnye ghamei yang bile udah kat ateh ni....
sombong dengan oghang2 kat bawah......

Suara Kalbu berkata...

Sangat suka dengan entry ini.

Saya menyokong penuh statement pemilik ladang itu. Kucing bisa memberikan kegembiraan dan senyum di wajah tatkala melihat kecomelan keletah mereka.

Moral of the story : Semua orang mempunyai kepentingan masing-masing. Tidak ada kata aku lebih penting mahupun aku tidak berguna

kelisa_samudera berkata...

pasey pengajaran dalam ceghite ni mmg betoi. walopun kecik tapi kite juge ade sumbangan utk oghang lain.

tapi awok tak setuju pasey kucing tu. kucing kat ghomoh awok tu bukannye nak bagi kebahagiaan. dia beghak dalam ghomoh lagi ade le. hiiii gegham aku menengoknye. kekekekeke

Kakcik Seroja berkata...

Kita takkan boleh menjadi orang lain. Jadilah diri kita sendiri yang mengenal segala kelebihan dan kekurangan untuk manfaat diri kita dan orang lain juga. :)

Unknown berkata...

btol 2, kalo duk pikikan sgt kelemahan kite 2 akan rasa putus asa pn ada..

tp kalo kite gunakan sebaiknya kelebihan yang ada mungki bagi manfaat kt kite pd masa yg same pada org len juga.:)