Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Khamis, 27 Januari 2011

Presiden Iran : Tiada yang Sepertinya..


Mungkinkah Malaysia akan memiliki pemimpin seperti Mahmoud Ahmadinejad?

Presiden Iran : Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan peribadinya:
TV Fox (AS) : "Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"
Mahmoud Ahmadinejad : "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya: Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, iaitu melayani bangsa Iran".
Berikut adalah gambaran Mahmoud Ahmadinejad yang ternyata amat mengagumkan, kecuali kepada mereka yang materialistik :

  • Saat pertama kali menjejakkan kakinya ke pejabat Presiden, beliau mengambil keputusan untuk menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.
  • Foto Mahmoud Ahmadinejad
                       Kesederhanaan Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad
  • Mahmoud Ahmadinejad mendapati bahwa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tamu VIP, lalu beliau memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menanyakan pada pegawai protokol untuk menggantinya dengan ruangan biasa dengan 2 buah kerusi kayu, meski sederhana tetap terlihat impresive.
  • Pada banyak kesempatan, Mahmoud Ahmadinejad bergaul mesra dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat kepresidenannya.
    Foto Mahmoud Ahmadinejad diruang kerjanya yang sangat sederhana bagi seorang presiden
    Mahmoud Ahmadinejad diruang kerjanya yang sangat sederhana bagi seorang presiden
  • Di bawah kepemimpinan Mahmoud Ahmadinejad, beliau meminta menteri-menterinya untuk datang kepadanya dan menteri-menteri tersebut akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang berisikan arahan-arahan darinya. Arahan terpenting dalam dokumen itu ialah, beliau menekankan tentang peri pentingnya para menterinya untuk tetap kekal hidup bersederhana dan disebutkan juga bahwa kepentingan peribadi maupun kerabat dekat mereka akan sentiasa diawasi.
  • Langkah pertama Mahmoud Ahmadinejad adalah  mengumumkan kekayaan dan hartanya yang terdiri daripada Peugeot 504 keluaran tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah Kumuh di Teheran. Akaun peribadinya yang berbaki  minimum, dan satu-satunya wang masuk adalah hasil daripada gaji bulanannya. Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya berjumlah US$ 250.00.
  • Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad masih tinggal di rumahnya.
Bukti zuhudnya pemimpin ini..
  • Hanya itulah yang dimiliki seorang presiden dari negara yang penting baik secara strategis, ekonomis, politis, belum lagi secara minyak dan pertahanan, Mahmoud Ahmadinejad. Bahkan ia tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya.
  • Satu perkara yang mendatangkan rasa kagum dalam kalangan staf kepresidenannya ialah, beg bimbit yang selalu dibawa Presiden Mahmoud Ahmadinejad setiap hari, selalu berisikan bekal untuk beliau bersarapan; roti isi atau roti keju yang disediakan oleh isterinya dan mejamahnya dengan penuh gembira. Beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.
  • Hal lain yang dilakukan oleh manusia hebat ini ialah dengan mengubahsuai Kapal Terbang Khas KePresidenan Iran menjadi pesawat kargo sehingga dapat digunakan oleh masyarakat kebanyakan, sedangkan untuk dirinya, beliau hanya menaiki kapal terbang terbang biasa dengan kelas ekonomi.
  • Mahmoud Ahmadinejad kerap mengadakan pertemuan dengan menteri-menterinya untuk mendapatkan info tentang kegiatan dan efisiensi yang sudah dilakukan. Beliau menghapuskan segala protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat bebas keluar masuk menemuinya tanpa sebarang hambatan yang sengaja diada-adakan. Beliau juga menghentikan kebiasaan upacara seperti karpet merah, sesi foto, atau lawatan bersifat peribadi, atau hal-hal seperti itu saat mengunjungi ke mana-mana tempat di negaranya.
  • Seandainya beliau terpaksa menginap di hotel, Mahmoud Ahmadinejad meminta diberikan kamar tanpa tempat tidur yg tidak terlalu besar kerana Mahmoud Ahmadinejad tidak suka tidur di atas katil yang empuk, sebaliknya lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Apakah perilaku tersebut merendahkan kedudukannya sebagai seorang presiden?
  • Seorang Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yang selalu mengikuti kemanapun ia pergi. Menurut majalah Wifaq, foto-foto yg diambil oleh adiknya tersebut, kemudiannya telah diterbitkan oleh media massa di seluruh dunia, termasuk Amerika.
  • Sepanjang mengerjakan solat, anda dapat melihat bahwa beliau tidak duduk di baris paling hadapan sebagai mana layaknya seorang pemimpin besar.
  • Sebaik sahaja mendengar suara azan berkumandang, beliau akan bersegera mengerjakan solat walau di manapun beliau berada, meskipun hanya beralaskan karpet yang nipis saja.
  • Baru-baru ini beliau telah mengadakan majlis pernikahan putera kesayangannya. Walau bagaimanapun, majlis itu hanya setaraf dengan majlis pernikahan bagi sebuah keluarga buruh di Iran.




Mahmoud Ahmadinejad seorang presiden yang luar biasa, semoga jadi inspirasi bagi para pemimpin di tanah tumpah darahku, Malaysia. Dan semoga Allah memelihara insan istimewa ini...

Mahmoud Ahmadinejad seorang presiden yang luar biasa

4 ulasan:

DKosongLapan berkata...

Chor....pade dasarnye ade pemimpin yang sipatnye macam si AHmedinejad ni....tapi belah kighi le....yang belah kanan tak jumpe lagiii....siap sapu lagi duit oghang yeee ghameiii belah kanan niii

Aku Dan Teksi berkata...

Salam sahabat.
Dari pengalaman ku semasa membawa mereka yang banyak di sini.

1.AHmedinejad memang seorang yang hebat,tetapi ketauhilah ajaran Syiah telah melencong dari ajaran islam sebenar(malaysia mengharamkan ajaran ini.)

2.Di Iran pengikut suni(sunah wal-jamaah yg kita ikuti)di halau atau di bunuh dari bertapak di bumi iran.

3.Mereka bersambahayang hanya 3 waktu(asar dan zohor di sekalikan,isyak dan magrib.Boleh makan di bulan ramadan jika lapar)

4.mereka hanya mengaku muhamad itu hanya nabi.tetapi mereka tidak muliakan di dlm sembahayang atau wirid sebalinya mengantikan dengan nama hasan dan ali cucu nabi.

Banyak lagi penyeliwengan yg di lakukan,maka kepada mereka yang lemah dlm.agama akan melihat ia suatu kebanggan maka akan tertarik dengan ajaran syiah ini.
Mengikut hukum mereka yg lari akidahnya boleh di perangi.

Hadis nabi.Di akhir zaman umat ku terpecah 73 golongan hanya 1 yg mengiku.

Begitu juga wahabi yg di amalkan oleh arab saudi

Jika aku salah tolong betulkan,dan mintalah pandangan orang lebih arif tentang akidah dan hukum ini.

Aku Dan Teksi berkata...

P/s kesalahan NO 4
Bukan hassan tetapi Hussein cucu nabi.

Irwan berkata...

Salam,


Saya harap tuan punya original kompilasi perkara baik tentang Presiden Iran ini mengizinkan saya mengongsikannya juga dan semoga ia menjadi iktibar kepada kita sempena Isnin yang ceria.

http://aderberani.blogspot.com/2011/01/rekomendasi-kepada-presiden-iran-tiada.html