Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 17 Jun 2013

Menziarah Keluarga Kawan 2

Rumah nenek dan atuk Sipa terbina hampir pada puncak sebuah bukit. Laman rumah hanya sebesar parkir kereta. Itulah sahaja kawasan yang rata. Aku dapat bayangkan betapa susahnya atuk Sipa mencangkul kawasan seluas itu. Rumah itu hanya ada sebuah bilik tanpa daun pintu. Tingkapnya satu.. tanpa daun tingkap. Hanya sehelai kain jarang sebagai penutup. Ada sebidang tikar mengkuang melapik lantai. Di bawah rumah pula tempat tidur kambing. Ada ruang seakan beranda yang agak luas di sebelah tepi rumah itu. Lantai beranda itu diperbuat daripada belahan batang pinang. Beranda mengadap satu kawasan yang ditutupi padi huma/bukit. Ada sebuah perigi buta yang ditinggalkan. Tiada bilik air. Tiada tandas !..

Sumber air dibekalkan oleh sebuah kolam semula jadi di puncak bukit. Paip PVC hitam digunakan untuk membawa air hingga ke sebuah tangki biru yang terletak 15 langkah dari rumah. Airnya sejuk dan tidak pernah berhenti mengalir. Di situ tempat untuk mandi. Papan-papan kecil disusun selari dijadikan sebagai lantai. Tiada berdinding. Air yang melimpah dari tangki biru membentuk seakan parit kecil terus menerjuni bawah bukit yang agak curam.. Hati berasa tenang. Hijau-sunyi-mendamaikan..

Petang itu kami diminta menangkap seekor ayam jantan untuk juadah malam. Puas kami tawaf keliling rumah. Dan ayam itu berjaya ditangkap bukan kerana hebatnya kami, tapi kerana ayam itu seolah-olah menyerah diri kerana kepenatan dihambat. Aku menyembelih ayam itu dengan tangan aku sendiri. Entah apa silapnya, liat sungguh ayam itu keputusan nyawa. Sempat terbang dalam beberapa meter pulak tu..! Tanpa rasa malu, aku cepat-cepat menyalahkan Sipa yang kononnya bercakap waktu ayam itu disembelih. Ada kena mengena ke tu..?

Juadah malam itu.. ulam kacang botol-ikan masin belanak goreng(diperah limau nipis)-ayam goreng dan 'sup ayam'. Kata Sipa itu sup istimewa sukunya. Entahlah. Aku belum pernah melihat dan merasa sup yang hanya direbus dengan sejenis buah hutan yang agak masam dan sewaktu dihidang, segenggam nasi ditabur ke dalamnya. Kalau bukan untuk menjaga hati tuan rumah, tentu sahaja sup itu tidak kusentuh. Sungguh.  Begitu pun..makan aku malam itu 'menjilat pinggan' juga..

Sejam kemudian..
Tiba-tiba perut aku mula meragam. Tapi di sini tiada tandas. Memikirkan itu aku jadi tak keruan. Aku cuba bertahan. Segala teknik yang aku lakukan tidak berkesan. Aku serba tak kena. Duduk-bangun-berjalan. Sakitnya tak mungkin dapat ditahan. Bulu roma di lengan terasa meremang. Ya Allah.. bagaimana ini?? Aku memandang pada gelapnya malam juga pokok-pokok hutan yang hitam tersergam.. bersambung...

10 ulasan:

missShila Nget berkata...

hahahaah..

kesian sipa dipersalahkan..!

takbaik betul lah cikmad..

eita berkata...

hahahaha....buang hajat dalam belukar lah jawab nyer....

insan marhaen berkata...

atau koghek lubang bawoh ghomah. lepaih tu kambuih balik le....

insan marhaen berkata...

Tk kerana sesekali singgah jenguk teman. ate, pande juge mike caghi blog teman yer...

makchaq berkata...

Kalau kejadian taun 2000 memang sedih la...kalau tahun 60an 70an boleh la terima lagi..

D_08 berkata...

korek lubang le cho... tak pun nyorok balik pokok..... hihihkhihkhhi

D_08 berkata...

korek lubang le cho... tak pun nyorok balik pokok..... hihihkhihkhhi

shameel Iskandar berkata...

Terpaksalah cari belukar.. Teringat dulu sewaktu saya masih belajar kat USM Penang. Selalu juga ikut kawan bercuti ke kamgpungnya nun jauh di Baling. Kampung riong mukim batu 8 kalau tak silap saya namanya, kat sana air paip diambil terus dari bukit.. Bunag hajat pula masih dilakukan di sungai walaupun ada tandas tapi memandangkan sungailah tempat kami mandi manda.

dill berkata...

ha. cari daun keladi yang beso-beso. masuk semak, cari port nyorok.

buang dlm daun keladi, pastu lambung jauh2 ke semak-samun.

kehkeh. ade kampung gitu kat 1 negeri ni

dill.

fiqas Rafie berkata...

masa budak2 dulu, tinggal dengan nenek,rumah dia mmg tak ada toilet.. nak buang hajat, gali lubang le dulu,pastu kambus balik lubang tu..