jam kurang lebih 12 malam.. pulang dari menonton wayang gambar di teluk intan.. menyangkut di medan selera.. memesan semangkuk sup dan seekor puyuh digoreng berlada.. tanpa nasi.. sambil berkomentar tentang hidup.. kenyang melayan perasaan..
secara tiba-tiba disapa.. seorang wanita tua yang lesu wajahnya.. membawa karung plastik besar berwarna merah pada kiri dan pada kanan lengan.. aneka kerepek terisi di dalamnya.. tanpa diminta.. beberapa bungkus kerepek disusun di atas meja.. wanita tua tidak bersuara.. selain menyebut harga.. 3 bungkus 10 ringgit.. aku ambil sebungkus dan hulurkan not 10 kepadanya.. "cukup.. selebihnya untuk makcik".. wanita tua berlalu tanpa ucapan terima kasih..
wanita tua terus bergerak dari meja ke meja.. kebanyakan masa, kehadirannya tidak dipedulikan..
wanita tua..
memandang susukmu seumpama aku melihat kelibat arwah ibu.. ahhh.. kecamuk fikir mengeluarkan kuku lalu mencakar-cakar jiwaku.. ketuaanmu menyebabkan aku berasakan kau tidak sepatutnya dalam keadaan itu.. keletihan-merayu-berlegar di pasar manusia untuk mempertaruh untung nasib.. di mana anakmu..?
wanita tua..
pulanglah.. kerana aku bimbang.. kau tidak berkesempatan mengenal waktu rehatmu..
10 ulasan:
saya pun sering terfikir macam tu. bila terlihat makcik2 bekerja sebagai pekerja pembersihan, sapu sampah, jual buku2 agama di kaki lima bank dan mcm2 kerja lagi.
kemudian saya terfikir sekali lagi. mungkin keperluan kewangan keluarganya tidak mencukupi dan ia memaksa dirinya yang tua membanting tulang mencari rezeki.
wallahu'alam. semoga makcik itu dan makcik2 lain dipermudahkan rezekinya.
dill.
Selain wanita tua, terdapat ramai sekali kanak2 yang memungut derma di mana2 saja tempat yang menjadi tumpuan.......
semoga allah sentiasa merahmati perjalan makcik tu dalam mencari rezeki..
mana lah tau kot2 dia takde anak kan..
assalam,
sekiranya makcik itu merayau2 untuk barang daganangannya sendiri takper juga, mungkin tu jer punca mata pencariannya...
yang takut kot2 ada sindikit yg suruh dan mengawasi gerak geri dia...lagi kesiankan..
Tiba saya teringatkan mak saya. Dulu, kami hidup susah. Mak jual pisang, buah kuini dan kuih dari rumah ke rumah. Kini anak-anak semuanya sudah berjaya, tapi jasa mak tetap tak terbalas. Begitu juga jasa ayah yg merantau hingga merata tempat utk mencari rezeki. Ayah saya beberapa kali kelamangan ketika dalam perjalan pergi dan balik dari kerja. Hingga skrg saya rasa terkilan kerana tidak mampu menyenangkan hati ayah sepenuhnya hinggalah ayah meninggal dunia tahun lepas(25.Mac. 2012)
saya tiada kata.
ada rasa.
.....
gua juga akan bayangkan itu adalah ibuku...kerap kali kalo d pasar raya ibu2 tua kerja tukang cuci sedih gua tengok..sbb mak gua pernah kerja sebagai tukang cuci...gua cukup hormat kat ibu2 begini..
sangat tabah wanita itu..
kesian kan orang2 tua yang masih bekerja. mana agaknya anak2 nya? (kalau ada)...ermmm
semua kata kesian tengok perempuan tua macamtu, terkenangkan kat mak sendiri. tapi berapa yg sebenarnya menghulurkan duit atau bantuan, atau setidaknya bertanya khabar pada mereka?
talk is cheap.
Catat Ulasan