Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Sabtu, 27 November 2010

Manusia Adalah Seperti...

PRINSIP JANGAN SEPERTI LALANG !!!
Kebanyakannya adalah seperti kereta tolak 
 tidak akan bergerak kecuali apabila ditolak
Sesetengahnya seperti sampan 
 terpaksa menggunakan pengayuh untuk menggerakkannya
Ada pula yang seperti layang-layang 
 jika talinya dilepaskan  ia akan terbang hilang entah ke mana
Tidak kurang ada yang seperti kucing
 cepat benar merasa puas apabila dipupuk
Sesetengahnya pula seperti bola
 tidak siapa tahu ke arah mana ia akan melantun
Seperti belon pun banyak..
 penuh dengan angin dan sedia untuk melepaskannya pada bila-bila masa
Yang sedihnya, ada yang seperti trailer 
 bergerak hanya apabila ditarik
Ada yang seperti lampu
 tidak henti-henti dipasang dan dipadam oleh orang lain
Dan yang paling banyak ialah yang selalu mengharapkan nasib menyebelahi mereka tanpa melakukan sebarang usaha..
hmmmm.. entahlah..

5 ulasan:

wahida berkata...

mmg ramai org yg mcm tu...usaha x nak, harapkan rezeki dtg bergolek jer...

Cikgooden berkata...

kita adalah kita....jgn ikut orang...

eMMe berkata...

mesti la kite jadi manusia yg berpendirian tetap dan teguh
boleh ke kiri, ke kanan, ke belakang, ke depan.....tidak seperti lalang
ikut je kata angin bertiup ke mana arahnya....

Fiqas berkata...

kita manusia dikurniakan akal dan fikiran..jadi seharusnya kita blh jadi yng terbaik utk diri sendri bukan utk org lain...

kelisa_samudera berkata...

tinggi metafora ni. kena fikir satu2 awok di kategori yg mana.