Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Khamis, 24 Februari 2011

Kamal Attartuk Laknatullah


Pengajaran Dari Kisah Mustafa Kamal Atartuk 


Buat renungan... bersama ini disertakan teladan dari kisah hidup Mustafa Kamal Attartuk yang disohorkan sebagai bapa Turki Moden, tetapi sebaliknya dia adalah pemusnah agama. Kisahnya masih lagi segar dan banyak persamaan dengan apa yang berlaku sekarang 


1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt. 

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat). 

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara. 

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden." 

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka. 

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki



7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi. 


8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki. 

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan. 

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara. 

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan. 

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat. 

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja. 

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah. 

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin. 

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam. 

17.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin. 

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal tartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. 

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan 


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. 

Antaranya ialah : 

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 

2. Sakit jantung. 

3. Penyakit darah tinggi. 

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. 

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. 

Allah itu Maha Besar, panasnya tidak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. 

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. 

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tidak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). 

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). 

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagitak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!" 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." 

Samalah kita bermuhasah sebagai panduan untuk diri kita dan fenomena persekitaran yang berlaku sekarang.Moga-moga kebaikan pengajarannya kita dapat ambil dan kongsi bersama. 

Wassalam...


Sumber : UstazAzhar.com

9 ulasan:

Kaseh berkata...

baru tahu..good info..

kakcik berkata...

Pernah terbaca kisah ini - semoga menjadi pengajaran kepada kita...

Mat Gebu berkata...

Info yang sungguh menarik, terima kasih sudi berkongsi..

makdara TERdiva berkata...

jadi, persoalannya skrg ni..turki tu negara islam ke tidak??

toyolkiut berkata...

mmg kisah ni btul2 jd panduan semua umat hari ni..
tiada apa boleh dibangga menjadi orang berpangkat jika mengetepikan agama..
wallahualam..

MOH KEMBARA berkata...

Salam, Turki bukan negara Islam, Malaysia pun bukan negara Islam. Tapi sekarang AlQuran dibaca dlm Bahasa Arab, azan pun dalam bahasa Arab dan masjid selalu penuh walaupun untuk solat fradhu yg 5...Alhamdulillah! Legasi Ataturk semakin terhakis! Allahuakbar!!!

a.samad jaafar berkata...

t kasih kak halima.. akak lah yg paling layak menjawab soalan MDT itu..moga Turki kembali ke zaman kegemilangan islamnya..

a.samad jaafar berkata...

kaseh.. t kasih sudi datang dan komen di sini


TK.. saya hanya memanjangkan ingatan..

MDT.. tuh..kak halima dah jawab

a.samad jaafar berkata...

kakakku kakcik.. saya juga pernah membaca sebuah bukan tentang atartuk.. yg ni versi ringkas dari ustazAzhar

mat gebu..t kasih datang ke sini