Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Khamis, 3 Mac 2011

Nuffnang dan blablabla...


Aku terpanggil untuk memperkatakan tentang Nuffnang selepas membaca beberapa entri tentangnya lewat beberapa blog yang aku sempat singgah dalam masa beberapa hari ini. Entah mengapa aku mampu tersenyum. Dan catatan ini sedapat boleh akan aku jaga tutur kata dan nakalnya jari-jari kasarku... aku masih tersenyum la..!


Jujurnya, setiap kali aku melihat muka blog 'bodoh' aku ini, pastilah aku terlihat akan ManggaAd dan Nuffnang yang terpampang yang kononnya sebagai penyeri/nasi tambah di sini. Sungguh-sungguh aku katakan, aku selalu tersenyum.. Itu adalah lambang seorang aku yang suka atau terperangkap pada budaya 'ikut-ikut'. Untuk menjana pendapatan ?? Hmmm.. no komen..! 

Aku bukan individu yang mewah yang kaya yang bergaji puluhan ribu sebulan . Aku bukan !! Aku hanya pengais pagi untuk pagi.. petang untuk petang. Begitu pun, aku tidak berharap pada Nuffnang dan ManggaAd.. Aku ulang.. aku adalah hanya seorang aku yang terperangkap pada budaya 'ikut-ikut'... 

Aku semakin nampak kesan daripada budaya 'ikut-ikut' ini. Antara yang aku nampak... IA MENGANCAM DAN MEMBANTUTKAN KELAHIRAN BLOGGER-BLOGGER YANG BERKUALITI.. IA MERANSANG KEPADA WUJUDNYA BLOGGER YANG BAGAIKAN TERDESAK MENGEJAR TRAFFIC (yang ni aku malas nak ulas... takut-takut terlepas kata) DEMI MEMPEROLEH PENDAPATAN YANG AKU SENDIRI BELUM BERJAYA MENGESAN BAGAIMANA PROSESNYA..? DARIPADA MANA SUMBERNYA..? ADA YANG BOLEH JAWAB ??? Aku mengalu-alukannya saudara... 

Maka dengan ini, aku mengambil keputusan yang mudah.. umpama mencungkil sisa di celahan gigi kacipku .. BLOG INI AKAN BEBAS DARIPADA SEBARANG IKLAN BERMULA PADA HARI INI... Bagi yang terus percaya kepada iklan-iklan ini.. Teruskanlah... Aku doakan kalian berjaya.. Dan mohon maaf jika catatan ini menyinggung hati sesetengah pihak.. 

Psstt... T kasih kepada penyumbang imej kat GUESTBOOK  aku.. Ruangan itu juga aku kosongkan.. Bukan aku tidak menghargainya, cuma aku teringin untuk menjadi yang lebih simple.. 

18 ulasan:

wahida berkata...

mmg ramai yg kejar traffik bila ada nuffnang...pada saya sendiri, saya menulis mengikut kata hati...x bergantung pd nuffnang pun...kalau ada, ada lah...depends pada pandangan masing2...

bagus la bro dah buang guestbook tu, kita buang je widget yg memberatkan loading...

kakcik berkata...

Kakcik juga tengah terfikir2 untuk mengeluarkan Mr Nuff tu dari blog kakcik. Mungkin akan dibuat dalam masa terdekat ini.

Oh... sebolehnya kakcik mahu ikhlas dalam berkawan. Bukan mengharapkan pengikut yang beribu tetapi kakcik tak pernah sekalipun mengambil tahu tentang mereka!

Fiqas berkata...

salam...
terpana seketika dengan ayat "DEMI MEMPEROLEH PENDAPATAN YANG AKU SENDIRI BELUM BERJAYA MENGESAN BAGAIMANA PROSESNYA..? DARIPADA MANA SUMBERNYA..? "

tetiba je terdetik dihati saya jugak..

makdara TERdiva berkata...

hy geng..saya pun dah malas nak pikir pasal tu..

lgpun niat asal cuma nak mengisi masa yg terluang dan minat dan bonusnya bila dpt kenal kawan2 mcm geng walaupun hanya secara maya..

biar jauh tapi dekat.. :)

kelisa_samudera berkata...

tahniah mad. kembali la kamu pada tujuan asey berblog ini. lontarkan idea2 yg bernas, cerita2 yang mendamaikan untuk rujukan anak2mu di usia dewasa mereka ketika kita semua sudah tiada.

ingat satu perkara, penulis2 agung tidak pernah kaya ketika hidup mereka. pelukis2 agung juga begitu. shakespeare, nostradamus, da vinci dan beethoven mati dalam papa kedana. tetapi apa yang mereka beri untuk kita warisi bukanlah kekayaan mereka, tapi akal fikiran. semoga kamu berjaya mad. moh le kita sama2 saling ingat mengingati akan tujuan kita berblog pada asalnya.

Pak Oncu berkata...

gua pun ikut lu bro,,, gua akan kuar kan semua iklan kecuali iklan perniagaan gua ,,, jual kambing ,,,,

Queenie berkata...

Hmm...masih terfikir-fikir...
apa kaitan nuffnang (nuffnang ni apa maknanya? siapa pengasasnya?) dgn traffic? Kenapa pulak nak berebut kejar traffic?...mmg tak faham.

Kak Q secara peribadi merasakan...mana ada benda free dalam dunia ni, mana ada orang2 yang senang2 nak bagi kita duit tanpa dia sendiri mengaut keuntungan...lebih takut kalau ada agenda tersembunyi yg membahayakan diri kita sendiri di masa depan lebih2 lagi kalau kita dah terlibat terlalu jauh, tak boleh nak patah balik...tak salah ada simpan sikit buruk sangka dgn org2 yg kita tak kenali secara peribadi...

Bimbang dalam baik ada cookies ker apa ker...aleh2 semua rahsia diri dan keluarga senang2 diperguna, habis cerita!

isy..macam dah membebel pulak, kan? Apa pun rasa bangga dengan keputusan adikku Samad...ini macamlah baru bijaksana, katakan tidak pada ikut-ikutan! well done!

toyolkiut berkata...

ehem..
patut la laju smcm je loading hr ni.. hehe..
nk tau ke acc nuff TK ada brapa? bnykkkk sangt.... xleh lg nk beli coklat hrga singgit, pe lg nk buat beli pizza hut..
blh jd TK terikut2 jg, tp sbnrnya kt stu TK tngok apa topik orang dtg ke blog TK.. cm google analitic jg wlau x tepat mana pun..
buat masa ni TK nk biar ia hias2 blog TK dulu, nanti dh bosan2 TK buang jg cm sedara samad buat..

cr duit guna blog ni bukan bidang TK,sbb tu tak mungkin TK nk sibuk2 kejar trafik ke, gian BW ke semata2 nk orang balas dtg blog TK balik.. kalau itu matlamat TK, hari2 TK update walau pun sepotong ayat.. TK juga bkn kategori budak2 yg tak ada keje lain nk buat..

TK sudah ada segala kemewahan dunia.. mkn pakai semua cukup.. cuma bila singgah2 blog orang, TK harap akan dpt sesuatu sbg makanan minda dan jiwa TK utk mngenali lbh lg erti hidup dan kemanusiaan sejagat..

psst.. anggap lah ini entry tbaru TK ye.. hehe..
salam..

Aku Dan Teksi berkata...

Rasa ringan blog ini,bagus juga nuff tu di tendang ke bawah,kemewahan dari nuff ini hanyalah konpirasi dari sy.pengiklan sahaja.

saya sarankan gunakan iklan milik anak melayu http://www.adsniaga.com/index.php
supaya blog nampak ceria sikit.

saya juga tidak berburu traffic untuk duit,iklan yang ada tak ambik kesah langsung,tapi biarlah di kat situ.

blog hanya sekadar untuk mengisi masa terluang sahaja.

a.samad jaafar berkata...

Sahabatku Joyiman.. t kasih kerana menyedarkan saya ttg masih adanya iklan nuff di bawah tu.. hahaha.. tak perasan..ingatkan dah buang semua.. haaa.. dah buang dah.. tetap nak zero iklan..

a.samad jaafar berkata...

wahida.. dah lama nak hilangkan guestbook tu..cuma ttangguh kerana menghargai sumbangan kawan2..

a.samad jaafar berkata...

kakakku kakcik.. kakcik seorang blogger yg penyayang.. tak hairanlah kakcik ada pengikut setia, termasuk saya..

a.samad jaafar berkata...

sahabatku fiqas.. ntah la.. saya masih tiada jawapan tentang nuff tu..

a.samad jaafar berkata...

MDT geng terdiva.. saya juga gembira bersahabat dengan MDT..MDt blogger yg hebat...

a.samad jaafar berkata...

kakakku Queenie.. t kasih datang ke sini.. err.. ulasan yang sgt berkualiti.. boleh dijadikan n3 nih hihihi.. rajin2lah ke sini ye..

a.samad jaafar berkata...

sahabatku.. sekiranya aku terlena dan terleka..tolong kejutkan aku...

a.samad jaafar berkata...

Saudara PO..tiru cara kak halima panggil..hihihi.. tokeh kambing ???

a.samad jaafar berkata...

temanku TK yang dihargai.. bersyukurlah atas segala nikmat daripada-Nya.. TK hamba yang beruntung.. dan saya akui, TK antara blogger yang saya minati..