Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Isnin, 19 Disember 2011

Adik

"Asal nak pergi mengaji je adik mesti lambat..!! Tengok Shin Chan la.. Doraemon laa.. !! Dah pukul berapa ni hahh !!! Nak kena penampar ye..". Melantang-lantang suara Karim yang seperti buluh yang pecah itu.

Jangan salah faham. Karim bukan marah sangat kat adik bongsunya tu. Bukan juga sebab lambatnya bersiap adiknya tu. Karim marah sebab asyik dia je yang kena hantar adiknya mengaji. Malas tahu tak ! Lagipun, bukan salah adik tengok tv.. Salah emaknya jugak. Mengadap cerita kartun mengalahkan adiknya yang baru tadika tu. Kira-kira umpama 2 dalam 1 la tu..

"Ni Angah tunggu dalam kereta ni. Lima minit... lambat.. siap kamu..!"

Karim buka pintu kereta. Tutup kuat-kuat. Protes. Panaskan enjin dulu. Tekan minyak kuat-kuat.. Vromm.. Vrroommm..!!! Mak masih depan tv. Mak bukan faham pun. Mak seronok tengok Shin Chan. Isyak lambat lagi kan... Karim pasang lagu dengan USBnya. Lagu Once Mekel , "Simphony Yang Indah" itu menyejukkan hatinya. Sikit. Karim nampak ada baki kacang Shandong yang dibelinya semalam  di atas dashboard.. Karim capai dan makan satu-satu. Laju-laju. Sedap. Cuma 'masuk angin' sikit. Jadi laa..

Karim rasa dahaga. Karim tinjau-tinjau dalam laci 'dashboard', tengok pula  tempat duduk sebelah juga di bawah  - tempat letak kaki, kalau-kalau ada botol mineral yang punya air berbaki. Susah juga untuk mencari sebab lampu dalam kereta itu sudah lama rosak. Gelap. Karim pusingkan badan untuk menoleh ke belakang. Ahh.. ada pun  ! Masih berbaki separuh airnya.  Tidak bertangguh.. Karim teguk sepuas-puasnya. "Aku benci mineral water.. Rasa tanah !..". Karim merungut sendiri. 

Adik datang berlari. Adik pakai kopiah putih dengan baju Melayu cekak musang. Buku Iqra' dijinjingnya saja. Adik tak rasa bersalah pun. Adik senyum pada Karim. Karim tak layan. Marah la konon.. Tapi adik tetap mahu bersembang. Adik ada perkara yang mesti ditanya pada Angahnya itu..

"Angah.. berudu kalau kita simpan.. boleh tukar jadi katak tak..?"

"Buat apa pulak simpan berudu. Kotor tu.. Adik suka sangat main benda-benda yang macam tu.."

"Tapi kat tadika adik banyak berudu. Adik jumpa dalam longkang.. Banyakkk sangat.."

"Bagus la tu.. main berudu katak.. main air longkang.. air kencing.. berak orang kat tandas mengalir kat longkang tu.. Bagusss.. adik.. bagussss.. Nanti Angah beritahu ayah ye.."

Adik tak peduli. Adik tercari-cari sesuatu kat tempat duduk belakang. Adik garu-garu kepala..

"Mana botol mineral adik kat sini ?"

"Angah dah ambil. Angah minum.. Ngape ?"

"Ngape Angah minum berudu adik ?"

"Apa ???.. Laa.. patut la Angah rasa kenyang ! Ptuiihhh.. tuihhh... Uweekk!!!" ...... 

26 ulasan:

whitecappuccino berkata...

hehehe..terkena angah!

missSenget berkata...

wakaka...


sadis betul..

karim tu cik mad ke..?

diana berkata...

hahahah
aduhai.
kesian karim...
penuh la katak dalam perut..

Deru Ombak berkata...

Hahahah..Padan muka..

hani@debumelukut berkata...

Marah dan kelahi antara adik beradik ni sebenarnya bahasa sayang yg tak terucap..

Jurnal Murahan berkata...

hahahha

aku suke la style tulisan macam ni yeop, ringkas, mudah, senang orang nak ikut. Bukan masalah dengan loghat perak tu , tapi pembawak ayat tu jelas setiap perenggan, takde pembaca nak tafsir sendiri teruk2

teruskan

Titisan Hujan berkata...

hahaha
aku suka ADIK!!

Salleh - Putrajaya berkata...

sama la dgn anak saya..., suka sangat tangkap berudu, buh dalam botol simpan bawah katil...., emak berudu pun dibawaknya sekali... hehe. nasib baik dh besar sikit nie hilang dh tabiat tu...

amirah berkata...

hahaha..macam makan cencaluk je.

~SaL IjOu~ berkata...

ada potensi jadik putera katak la pasni, hehe~

MOH KEMBARA berkata...

Salam Yob Mad,

Wei ni ada tekanan dr memana pihok ke ni, mana Bahase Peghoknye? Btw, nasib tak minum ayor kencin si Karim tuh!

penjajah minda berkata...

hahaha memang padan.

Rain berkata...

haha katak pewaris takhta keturunan karim lah pas ni

@xiiinam berkata...

Kirim salam kat Karim..hehe

eita berkata...

hambik ko....
sapa suh marah2..kan dah kena...
eeeiii...xleh bayang macamana makan berudu + air tandas...kih3

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Itulah kesannya bila ada adik yang suka buat perangai pelik.... Nasib baik bukan lintah yg disimpannya dlm botol mineral tu.. Kala idak, lagi le naya....

~SaL IjOu~ berkata...

x mengapa..hujung tahun sememangnya begitu~ selamat menempuh hari2 sibuk dgn gigih ya~ =)

intan.maisarah berkata...

padan muka angah.
duk marah marah lagi

a.samad jaafar berkata...

hajjah halima..
saya dapati ramai yg menghadapi masalah dgn entri loght piyo saya.. sebagai menghargai pandangan mereka, saya akan cuba memuatkan secara seimbang antara entri loghat perak dan entri berbahasa 'biasa'..

a.samad jaafar berkata...

t kasih buat semua yg tetap sudi membaca dan memberikan komen pada erita mengarut saya..

mungkin agak lewat saya membalas kunjungan kalian kerana saya agak sibuk pada masa ini. Namun, ziarah balas pasti saya lakukan insyaallah..

Pembunuh Tanpa Bayang berkata...

kadang-kadang terlalu ikutkan rasa marah,padah.

eMMe berkata...

wah!! sedapnye air berudu...air longkang, wekkkkkk~ sabar je la Adik n Angah leh masuk lawak mega ni, heeeee~ *yop, ur de best lah! caya lah! sori, baru baca, heeee~

Encik MamaT berkata...

Hehehehe.. adoii.. bleh plak mcm tu.. kekeke

Ayen... berkata...

Kahkahkahkah....kuang asam betul.

Fiqas berkata...

hehehhe... kesian karim.. dah berudu selamat dalm perutnya...

Cikya berkata...

kisah adik dengan karim macam kisah saya ngan adik lar cik mad..

saya marah, buat tak nak cakap dengan adik sekali pom. dia bawak jugak borak, sampai rasa nak marah tak jadi...

kepala angin dia, saya pujuk tak lekat.
kepala api saya, selalu padam bila lawan dengan dia..

adik...blood is always thicker kan cik mad.. :)