Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 6 Disember 2011

Mengadu

Hari ni kawan aku, Kamal yang kerja posmen di KL menziarahi aku. Siap berbuah tangankan epal, limau, lai dan belimbing... yang ni bagus ! hihihi.. Datang la hari-hari pun.. pasti kusambutmu dengan mesra.. Katanya, dia dapat tahu aku tak sihat dari adik perempuannya yang kerja di klinik Gunwant.. Memang aku ke sana malam tadi.. Demam sikit je pun..

Untuk meraikan dia, aku ajak dia minum di sebuah restoran yang letaknya tidak jauh dari rumahku. Di situ tiga kawan aku sedia menunggu. Kami berbual agak panjang..

Kate Kamal, setiap kali dia teringatkan aku, dia pasti membuka blog atasnamaaku.. Tapi.. dia frust sebab tak mampu untuk faham apa yang aku tulis. Dia berasa pelik sebab dalam dunia sebenar aku tidak berbahasa dalam loghat perak yang begitu. Kebetulan pula, kawan-kawan yang lain juga pernah membaca blog aku... Komen mereka membuatkan aku termenung !

Antara komen mereka :

* Kebanyakan cerita yang aku tulis tergantung.. seolah-olah cerita yang belum siap..

* Falsampah-falsampah yang selalu aku lontarkan dalam dunia nyata jarang ditemu dalam blog aku..

* Pembaca pasti ramai yang tidak membaca sepenuhnya cerita aku..

* Mesej yang jelas gagal dimanifestasikan dalam kebanyakan cerita..

Aku hanya terus tersenyum sebab aku memang mahu mendengar komen-komen jujur sebegitu. Tiada sebarang penjelasan dari aku kerana keghairahan memberi penjelasan biasanya cenderung ke arah bela diri. Itu bukan aku.. Dan sekarang... pada rakan-rakan blogger aku mengadu.. Bantulah aku... Apa yang patut aku perbuat untuk menjadikan hasil tangan aku menjadi lebih baik ? Silakan.. aku seorang yang sangat terbuka.. Insyaallah...

18 ulasan:

ghost writer berkata...

aku rasa kalau kau mau lebih luas dari soal pembaca maka neutralkan penulisan kau dalam bentuk begini.kerna aku sendiri akui kalau penulisan dalam bentuk loghat sangatlah rumit untuk aku fahami.seolah aku menterjemah english ke dalam bahasa melayu.

ghost writer berkata...

mekasih juga sebab berusaha memiliki BIN.aku jugak datang dari jauh.dari Taiping ke KL.

:)

diana berkata...

depa bukan orang perak ka???
kalau tak paham belajaq la..
kan ada kotak komen..tak paham tanya..
kan??

bagi akak dah cukup baik penulisan kamu..
bukan tulis buku cerita kanak2 nak tulis sampai habis cerita dari A-Z..
kena paham fungsi blog.

kalau nak cerita sampai habis baik kamu tulis novel.dalam novel ada seribu satu cerita dalam tu..
tapi blog,setiap post ada cerita2 yang berlainan..
tu depa kena paham la..

tulis benda yang kita nak sampaikan saja..

soal mesej tak sampai..
macam akak kata tadi la..
ni bukan tulis buka cerita kanak2..
ada yang bila kita baca kita kena la fikir..

orang sekarang malas nak berfikir..
depa lebih suka org hidang apa saja secara jelas.kalau nak suruh fikir2 ni depa malas..sebab tu susah nak jumpa penulis hebat sekarang ni..

kalau sebut penulis hebat mesti yang depa nampak berjanggut tua dan uzur.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Dik Mad...

bagi kakcik, apa saja Dik Mad tulis, kakcik baca. Kadangkala kakcik ketawa, kadangkala berkerut muka. Tapi, baca tetap baca. InsyaAllah. :)

Queenie berkata...

Salam adikku Samad...

akak ikuti tulisan dik Mad bebaru ni jer. Pada akak ok jer takder masalah apa2 melainkan masalah loghat kata, tu jer...sbb akak bukan org Perak, jd setiapkali lepas menggayakan bahasa tulisan dik Mad, akak rasa muka akak dah jadi macam mr Os lah pulak ehehe...

akak suka jer cara penyampaian cerita, bersahaja, ada gaya hak cipta terpelihara dan cara lawak bermesej yang bersahaja.

dik Mad juga bukan jenis penulis yg suka ambil kesempatan dari isu hangat semasa, tulis ngan tujuan ketuk jiwa pembaca nak tarik perhatian berpropaganda..pastu masuk komen yg kekadang kita baca macam ditulis tanpa otak dalam kepala sementara pencetus propa bagai lari tanpa tanggungjawabnya.
Masa menulis kemain lagi lagaknya macam prihatin sgt...

taktaulah pendpt org lain camner, tapi akak suka ngan cara yg sedia ada...santai dan bersahaja...lawak cerdik pula...

skrg lebih suka sebab bahasa kolalumpur ler....

hmm..barangkali mmg payah nak puaskan hati semua ya dik Mad...
ok tu jer pendapat dari kakakmu ini...

dah! dah masuk Subuh dahpun nih!

eMMe berkata...

yop, nak menulis ni mmg la syok, takot syok sendiri je...elakkan gune ayat yg boombastik, blogger tak kira usia, tua muda, budak tak abis sekolah pun akan dtg n baca blog kita, so............. renung2kan...selamat berbloging!

CintaZulaikha berkata...

wat pertama kalinya saya paham citer en a.samad sehingga ke penghujungnya.hehe

tp bab entri plak, ok apa...cuma mungkin loghat tu ja yg jadik batasannya kut..tp ok apa..:)

sy pon nak blajo apa loghat perak..

missSenget berkata...

suka laa baca blog incek mad..

lagi2 yg loghat perak tu..

lucu rasa..


kawan2 pun byk komen psl blog kite cik mad..

tapi macam x mampu je nk ubah..kehkehkeh..

Ayen... berkata...

Kwn rasa biasa je,tiada yg peliknya.kelako memang ada bila kwn baca n3 loghat perak,haha...

Salleh - Putrajaya berkata...

Cadangan saya, Yop menulis mengikut kehendak hati Yeop sendiri..., memang best dah pun..., cuma kadang2 jadi kurangbest bila Yop pendekkan cerita sebab nak mengikut kehendak sebilangan follower....,

sharouk berkata...

Blog ini adalah naluri kita hati kita so be yourself

MOH KEMBARA berkata...

Assalamualikumm Yob Mad, pe kabor? Ni baru dpt blogwalk jap tp tak blh lama, signal broadband lemah. Pasal blog Yob ni akak suka mace sbb uniq dr segi bahasa Perok yg oiyor tu. Kalau ada org tak faham, deme kena faham ni blog Perok, jadi kenalah mace dlm bahasa tu, kalau sesapa yg tak faham, kena belajor pelan2.

~SaL IjOu~ berkata...

Pendapat sy:lain pembaca, lain penilaiannya..tp tujuan kita menulis utk kepuasan sendiri kan..mcmna pembaca tafsir, itu terserah pada mereka..

mcm sy..memula je sy mcm berkerut dahi baca entry awak..tp lama2 da selesa..& setakat ni xde masalah utk sy faham..kalo x fhm pun sesetengah perkataan tp itu x jadi masalah..masih boleh relate dengan ayat2 lainnya..& sy suka bila sy ada byk pilihan dlm blog yg sy follow..ada yg jenis berinformasi, ada yg jenis puitis..ada yg sempoi..ada yg campur2..& setakat ni, hanya jumpa blog awak je yg menulis lam loghat..maka bertambahlah variasi pembacaan sy~ ^^
lagipun setiap org ada trademark masing2 lam berblog..awak unik dengan cara awak..bg pembaca yg sukakan kelainan, penulisan awak lam loghat tu yg dicari2..~ ^^

eita berkata...

walaupun eita bukan orang perok tapi tetap suka baca bahasa orang perok....
walaupun berbling2 mata nak membacanya...

amirah berkata...

terpulang la pada orang yg membaca kn yob mad..

Fiqas berkata...

bagi saya, rasanya saya lebih suka kalau loghat perak.. rasa lebih dekat dihati.. mmg susah nak faham pada mulanya, lama2 ok lah...

Encik MamaT berkata...

menulis untuk kepuasan diri.. sampai kadang2 dah jadi satu ketagihan... hehe... yang penting setiap kisah ada mesej yang nak disampaikan...

Cikya berkata...

cikmad,

saya baca semua. saya tak memilih bahan bacaan. asalkan bukan gosip artis, sebab membaca cerita begitu tak membuka minda saya. cliche, tipikal...terlalu norma.

satu ja,

kita cerita, kita cakap, benda yang kita tahu, kita ahli cikmad.

saya belajar farmasi, tak berani nak merepek tang jurutera, akauntan. nanti saya bagi ilmu salah. tu kalau yg disampaikan dikira ilmu.

terus menulis naa..
saya baca ja.. :)