Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Selasa, 28 September 2010

50... saja-saja !

Seingat aku, sewaktu aku mula menulis di gelanggang ini, aku  mensasarkan catatan setakat 50 sahaja. Dan sasaran itu aku harapkan akan 'kena' dalam tempoh 6 bulan. Justeru, agak mengejutkan juga apabila sasaran itu terlaksana hanya dalam tempoh 2 atau 3 bulan. Mungkin kelapangan memungkinkan ia terjadi. Aku kembali membaca catatan-catatan awal. Aku dapati dari segi kelancaran persembahannya sedikit berbeza. Aku tidak mengatakan ia semakin baik atau semakin buruk. Yang aku kesani, terdapat sedikit perbezaan. Titik .

Suatu hal yang lebih mengejutkan ialah apabila ada pula yang sudi membacanya. Malah terdapat yang cukup setia mengikuti perkembangan-perkembangan terbaharu dalam gelanggang atas nama aku ini. Berkongsi cerita memang mengujakan. Banyak pula perkara baharu yang aku peroleh. Aku cuba menggambarkan pemilik-pemilik blog yang aku lawati. Penampilan rupa tanpa wajah ada tikanya perlu naluri yang mantap untuk menelahnya. Ternyata aku gagal. Apapun, yakinlah aku yang mereka itu barangkali 'baik-baik' sahaja. Aku berasa kagum dengan kemampuan mereka dalam membina identiti kendiri dalam blog mereka. Di situ ada sesuatu yang aku pelajari.


Aku tidak pasti selama mana aku di sini. Istiqamahku pada sesuatu perkara jarang berlaku. (kecuali pegangan politik hihihi..). Biasanya aku suka beralih kepada sesuatu yang baharu. Aku menikmatinya dan melarut di dalamnya untuk beberapa ketika. Setelah berasa 'cukup', aku nantinya beredar. Mencari  yang baharu atau pun pulang kepada yang pernah aku tinggalkan pula. Maka, berlakulah pusingan demi pusingan lantaran sikap aku yang tidak pula pernah melupakan yang lama... Hmmm.. aku seolah-olah tidak pernah kenal pada diriku sendiri.

1 ulasan:

shahrilhakime berkata...

Wahhhh...... entri mike kali ni mike berpolosipi la Chor...penuh dengan makne yg mendalam....... menulih ni pun CHor....kite kene ade minat.....kalo takde minat..... itu yang kekadang kite gagal untuk menulih.....pade awok.....menulih dalam blog ni kite tak perlu jadi kritis...... even kalo penulisan kite longgar pun oghang tak kesah..... tapi kalo kite penulih yang bermatlamat ....ato pun ade prinsip .....penulisan longgar udah jadi macam satu dosa...... tapi tu laa.... tepuk dada tanye seleghe.....

P/S: Ape le yg awok cakap ni..... err....chor... url awok kat rakan-rakan blog mike tu macam tak betoi lagi lee...... kalo mike klik kompom tak sampei ke ghumah awok...