Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Rabu, 29 September 2010

Mari Merendah Diri..

Aku berpesan sungguh-sungguh pada diriku..merendah dirilah... merendah dirilah.. aku memujuk hati.. siapalah kamu.. maka.. merendah dirilah .. merendahlah..

Sengaja aku ulang frasa 'merendah diri' itu beberapa kali sebagai penegasan bahawa hal ini wajib bagi diriku. Bahawa hati yang menjadi hak kepada diriku ini haruslah tunduk pada mahuku. Andai kamu wahai hati bersifat mungkir... bagaimana mampu untuk aku juga kamu waktu berhadapan Sang Pencipta yang menjadikan aku yang menjadi kamu dan kita ?. Ayuh.. lihatlah aku tuanmu ini. Hebat sangatkah aku sehingga kamu tanpa malu bersikap sinis, bongkak dan cuba-cuba meninggi ? Apa untungnya berbangga diri-bongkak-meninggi diri aduhai hati..? Rugi apakah aku dan kamu kiranya arahan yang kuberi ini tidak kamu penuhi ?.

Benarlah aku selalu benar memberi arahan kepada kamu. Benar. Tapi bukankah kamu itu milikku. Akulah tuanmu. Maka sudah sepatutnya kamu menjaga aku dan bersetialah dengan segala mahuku. Menjaga tuanmu ini bermaksud menjaga akan dirimu jua. Sedarlah kamu aduhai hati... semakin kamu meninggi semakin terpijak aku ke bawah. Semakin hinalah tuanmu ini. Barangkali ceritaku ini mampu membasuh hitam disusukmu. Dengarlah kamu wahai hati....

Suatu ketika Allah S.W.T bertanya kepada empat orang rasulNya iaitu Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S, Nabi Isa A.S dan Nabi Muhammad S.A.W. “Wahai Ibrahim, engkau mahu dikenali sebagai apa?” Tanya Allah S.W.T kepada Nabi Ibrahim A.S. “Ya Allah, aku mahu dikenali sebagai khalilullah (orang yang rapat dengan Allah)". Soalan yang sama pula ditanya oleh Allah S.W.T kepada Nabi Musa A.S dan jawab baginda “…aku mahu dikenali sebagai Kalimullah (orang yang bercakap dengan Allah).  Begitu juga dengan Nabi Isa A.S “…aku mahu dikenali sebagai Ruhullah”.


Kemudian Allah S.W.T bertanya kepada Rasulullah S.A.W “Wahai Muhammad, engkau mahu digelar sebagai apa, ya Muhammad?”, “Ya Allah, aku mahu dikenali sebagai orang yang miskin dan anak yatim”. Kemudian Allah S.W.T membalas, “Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau adalah kekasihku (habibullah)”....


Ya Allah..lindungilah aku daripada segala ujian yang tidak akan mampu aku hadapinya... amin

2 ulasan:

shahrilhakime berkata...

meghendah dighi....... ini yang kekadnag oghang2 yang kat ateh terlupe...... kene pulak bile udah lame dok kat ateh.... terlupe kalo takde yg dibawah.....tak jalan koje kome...... bukan susah pun nak meghendah dighi...... oghang pun suke...... tapi jangan terlalu meghendah dighi.....nanti oghang pijak kepale...

eMMe berkata...

sama2 la kita berdoa, agar rasa rendah diri kita sentiasa ada dlm jiwa dan akal fikiran kita, InsyaAllah...