Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Sabtu, 16 Oktober 2010

Mad.. Aku Dah Jadi Duta

Dalam perjalanan balik dari kampung semalam aku singgah sekejap kat pekan Karai. Aku beli sebotol air mineral saiz 1.5L ngan jajan(makanan ringan) sikit.  Masa aku menuju balik ke kereta, aku dengar nama aku dipanggil dengan kuat.. ala-ala tarzan memanggil gajah gitu.. Aku tengok sorang lelaki mengangkat tangannya..lambai-lambai kat aku. Orang ni orang gila. Dah lama gilanya. Kira-kira dia ni punya pengalaman yang cukup luas dalam arena gila ni. Kadang-kadang aku pelik sebab dia tak pernah lupa pada nama aku. Pantang nengok aku.. mesti dipanggilnya...

Aku men'stop'kan langkah bila aku tengok dia berlari keanak-anakan ke arah aku. Sekejap-sekejap dia betul-betul serban di kepalanya. Pakai serban dia ni.. warak jugak.. jangan tak tau ye... Aku hulur tangan untuk bersalam. Dia tak sambut. Dia mengangguk-anggukkan kepala sambil membaca apa-apa ntah.. Pas tu baru la dia pulak yang hulur tangan kat aku. Digenggamnya kemas-kemas. Aku senyum je. Ditanyanya aku macam-macam. Aku jawab dengan baik.  Memang aku sentiasa ingat pesan emak.  Hormat orang..  usah kira siapa orang itu. 

Dia sedut rokok gudang garam suryanya seperti orang menyedut siput sedut masak lemak cili api. Hembus asap pelan-pelan. Asap kuar dari mulut. Asap yang kuar dari hidungnya mengalahkan asap orang kesihatan melakukan fogging mengelak nyamuk kat rumah kita tu.  Dia kata.. dia sekarang dah kerja jadi duta. Aku tahan gelak. Susah jadi duta ni, katanya. Getah pun dah galak dicuri orang. Hujan kerap sangat. Huii.. Susah Mad jadi duta ni.. Dia mengadu tentang otaknya yang kurang bagus sekarang ni. Mana nak bagus.. dah tiga taun idak menjamah nasik, katanya. Huiii.. Susah Mad...jadi duta ni..

Tetiba dia kentut ! Ya Rabbi ... punyala kuat. Aku agak, kalau diletak belon kat ekzos dia tu.. mau-mau belon tu kembang sebesar bola ragbi tu... Aku garu kepala. Dia senyum-senyum.. Sori.. katanya. Aku tengok rokok dihisapnya dah sampai ke tengah filternya. Cepat-cepat dia buang. Dia asyik ulang kesah susahnya dia jadi duta. Asyik ulang cerita hujan ngan kisah orang curi getah.. Duta getah kot dia nih... Dia tepuk-tepuk lagi badan aku. Aku rasa macam seronok pulak hihihi... Dia tanya aku.. Tak apa ke dia dah 3 taun tak makan nasik.. Aku suruh dia makan nasik demi mengembalikan semula kegemilangan ke'genius'an otak dia tu.. Betui Mad... betui... kata dia. Errrr... Mad.. Meh la duit.. bagi aku.. aku nak makan nasik la nih... Ohhh...nak duit rupanya.... Kan dah kene aku tu... hihihi... 

9 ulasan:

Encik Gorilla berkata...

kes kena pow la ni.... comellah gambar tu....

DKosongLapan berkata...

kekekek.....
memang genius le die.....
oghang yang tak gile kene tipu dengan oghang gile....
sesekali terkene Chor....

toyolkiut berkata...

sape kata orang gila xde pikiran kan?
mereka jg ada perasaaan..

tinuj berkata...

Salam Mad,

Diye tak mintak jadi macamtu, kite yang warasni kene pikio le pulak...diye tahu oghang yang dipintaknye adalah insan yang suke menolong. Rm 10 yang pegi munkin rm100 yang datang. Dan teman kagum diye lah satu-satu oghang Karei yang sanggup memanggei/menyambut mike.(Keh...Keh... keh...)

L@g3nd@ buD@k N@k@L berkata...

wakakaka..lawak pic ats tu..
mcm 2 pn ada

MyZone~theUn4given berkata...

..yg kat atas tu pic mad ker...???

a.samad jaafar berkata...

Mr Gorilla : Kalo awak lukis lagi kiut hihihi
Budak Nakal : Seksi kan ?? hihihi..
MyZone : Sasanye je mcm aku !!!

a.samad jaafar berkata...

D_08 : Itu teman kene kali ke 80 tuh hihihi

a.samad jaafar berkata...

Tinuj : Anok buah teman komplen susoh nok paham ape yg teman tulih.. tapi lantok die la yak.. TTentang mamat ni..sape yg peghonoh sampei ke kaghei musti kenei die.. teman bekenan melayan die..