Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Rabu, 6 Oktober 2010

Sahabat..

Catatan Yong eMMe (seorang kenalan blog), telah mengingatkan aku kepada beberapa orang sahabat yang pernah  dan yang sedang aku miliki. Di sini aku akan sebutkan sebahagian bukti yang melayakkan mereka ini aku gelar sahabat. Barangkali apa yang bakal aku ceritakan dapat memandu kita untuk layak digelar sebagai seorang 'sahabat' pula.....


Antan Ndu (Mohd Azani Mohd Rashid)..
teman aku sejak kecil tetapi kini terpisah kerana jarak dan masa.
Sewaktu menunggu surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke U, dia memujuk arwah emakku supaya membenarkan aku mengikutnya bekerja di KL. Kononnya, dia akan lebih gembira kiranya aku ada bersama dia di sana. Alasan itu melenturkan hati emak... 
Masuk bulan kedua aku di KL, aku terkena demam yang agak teruk.  Ketika inilah nilai persahabatannya terserlah. Dia menitiskan air mata apabila melihat aku terbaring di lantai yang beralaskan tilam lusuh. Maklumlah..rumah bujang. Lalu bersusah payahlah dia meminjam katil dan tilam dari seorang kawannya. Aku cuba menghalang tapi atas dasar menghargainya, aku terpaksa mengalah. Biasanya dia akan keluar awal pagi dan pulang pada malamnya. Apabila aku sakit, dia berubah. Dia pulang awal. Malah waktu rehat pun dia berkejar pulang menjenguk dan menyediakan sarapan untuk aku. Dia akan memastikan segala keperluan aku berada hampir dengan tempat aku berbaring. Air suam dan biskut sentiasa tersedia. Aku kecewa kerana aku seolah-olah membebankannya.
Suatu hari,  dia pulang ke rumah lebih awal. Motor diparking buru-buru. Pintu depan dibuka secara kasar dan kemudian, aku mendengar bunyi tapak kakinya berlari menuju ke bilikku. Terus dia menyapa aku. Dia meletakkan tapak tangannya perlahan-lahan ke dahi... Ketika itulah aku terasa begitu tersentuh. Tanpa sedar air mata berlinang mengenang kebaikannya. Tapi Antan Ndu tersalah faham. Dia menyangka aku menangis kerana kesakitan yang aku tanggung. Dia menjadi semakin kelam kabut. Dia memicit hampir ke serata tubuh aku. Aku jadi bingung !. Kemudian dia berlari entah ke mana dan datang semula dengan  seorang tukang urut di kawasan perumahan aku. Sepanjang dia menghilang tadi.. tangisku semakin kuat..... (tukang urut itu pula mengambil aku sebagai anak angkatnya...)

Anjang (Nasri Abidin)
teman semasa di U. Kisah sahabatku ini telah aku ceritakan dalam blog ini di bawah tajuk "Sahabat Yang Satu Ini...Anjang "


Abu Bakar
sahabat ketika di Sungai Petani, Kedah.
Menyedari kesulitan hidup aku ketika itu, dia 'menyara' makan tengah hari aku hampir setiap hari. Apabila aku menolak budinya, dia mengugut untuk memutuskan persahabatan kami. Dialah yang menghantar ke mana-mana sahaja aku pergi. Pantang betul dia jika aku menggunakan bas awam. Setiap kali aku perlu bantuan, dia sentiasa ada. Abu menjadi tempat aku mengadu. Waktu runsing aku dirawat dengan jenaka-jenaka spontannya. 
Apabila aku berhijrah ke Kajang, Selangor, hubungan kami terputus. Lebih kurang 7 tahun kemudiannya, satu hari aku menerima panggilan daripada dia. Aku terharu dengan usahanya untuk menjejaki aku. Beberapa hari selepas itu, dia nyatakan bahawa dia terlalu rindukan aku. Dan pagi esoknya dia sudah pun berada di laman rumahku. Hanya sejam bersembang-sembang dia pun pulang. Aku kagum kerana dia sanggup datang dari Jitra, Kedah hanya untuk menjenguk aku. Sehingga ke hari ini, meskipun sudah hampir sepuloh tahun tidak berjumpa, tapi setiap bulan sekurang-kurangnya 3 kali dia akan menghubungi aku... 


Ustaz Habrun Hj Saleh
teman sekerja pada hari ini. Anak Almarhum Kiyai Hj Saleh yang berpengaruh di sini. 
Setiap kali dia memulakan ceramah agama (jika aku ada), ayat yang tidak pernah dia lupa ialah, "Sahabat ana (saya) @#$#@%^^&.. Dia bukan sekadar sahabat malah melebihi saudara kandung saya sendiri... Antara kami... apa-apa sahaja yang terkata di depan terkata dibelakang...yang termakan terminum... kami saling meredha dan menghalalkan...". Anehnya,  sebelum berceramah dia akan meminta aku mengelakkan diri dari pandangan matanya... Ana segan katanya....Pelik.
Isteri melabelkan dia sebagai 'kekasih' aku. Tiada hari tanpa dia. Jika dia ke mana-mana, dia akan melaporkan setiap perkembangan diri dia...hatta,  tergigit nyamuk pun diadukan pada aku ! Tentu kalian dapat bayangkan eratnya hubungan kami.
Jika aku tidak hadir ke tempat kerja kerana masalah kesihatan, jenuhlah aku menjawab panggilan telefon sahabat aku yang satu ini. Setiap jam dia bertanya khabar. Silap-silap aku tambah sakit kerana kepenatan menyambut panggilan telefonnya hihihi.. (gurau...) Jika aku perlukan pertolongan dia dengan rasa gembira membantu. Dan dia akan terasa jika aku meminta bantuan sahabat yang lain tanpa bertanya kepada dia terlebih dahulu...


Sahabat-sahabat Yang Lain Yang Tidak Dapat Diceritakan Di Sini Kerana Masalah 'Ruang':
* Awie (Nawawi Sulaiman)
*Antan Piah (Kamaruddin)
*Intan (Faizal Alias)
*Kamaruddin Jelani
*Syed Nizam Wafa
*Ustaz NorKasani Kamar
*Ustaz Jamari Rimon


Kalian akan terus subur di hati ini. Hanya Allah yang akan membalas budi dan luhurnya persahabatan kalian. Ya Allah... berkatilah hidup mereka...ampuni segala dosa yang telah, sedang dan akan mereka lakukan sama ada sengaja mahu pun tanpa sengaja..perkenanlah rayuanku ini ya Allah.. Amin..



7 ulasan:

shahrilhakime berkata...

mike bertuah Chor ade kawan2 yg bulih dipanggei sahabat...... yang sanggop bersusah payah dengan mike......

eMMe berkata...

kohok!kohok! tersedak dibuatnye, ade org sebut name kite upenye...susah nye nak cari sahabat sebegitu, Alhamdulillah la...sahabat masa susah senang sentiasa bersama..moga hubungan terus kekal akhirhayat...

kelisa_samudera berkata...

betapa mike sgt menghargai sahabat. semoga allah membalas kebaikan untuk mike dan sahabat2 mike. salah satu golongan oghang yg akan dapat payung di padang mahsyar ialah 2 oghang lelaki yang berkasih-kasihan di jalan allah. awok doakan kome semua tergolong di dalam golongan tu nanti.

tinuj berkata...

Salam yop,

Bab bersahabatni satu je fomula teman nak beghi molot bio manih hati mahu baik. Satu dunie kite pusing sahabat ade dimane-mane. Tahniah cighi-cighi persahabatan yang lohor.

Unknown berkata...

bertuah nya mendapat sahabat sejati..
tahniah...

a.samad jaafar berkata...

Teman beghajat nok besahabat ngan kome yg jadi polowe teman... tp.. nampok susoh nok jadi kenyataan yak..

Cikgooden berkata...

teman sekadar kawan gamaknya..tak tersenarai dalam senarai sahabat