Seribu Penghargaan Buat Mereka Yang Sudi...

BLOG ENTRI RENCAM DARIPADA AKU... JEMPUT KE SANA YE..

Khamis, 28 Oktober 2010

Sedekah Membawa Berkat

Kepada mereka yang mahu berfikir...
Kisah diambil daripada buku karya Muhammad Muhyidin : Ajaibnya Sedekah-semakin bersedekah semakin kaya.



Sebaik sahaja pulang dari rumah Nabi muhammad, Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya, "wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu ?".
Fatimah menjawab, " Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun, tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hasan dan Husain "
Ali berkata, " Biarlah saya sahaja yang pergi membeli makanan "
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata, " Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji ?"
Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan hanya menangis.
Ali pun bertanya, " Wahai Fatimah, mengapa kamu menangis ? "
Fatimah berkata, " Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa ? "
Ali menjawab, " Aku meminjamkan wang itu kepada Allah "
Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata, " Sekiranya begitu, saya menyokong tindakan kamu."
Ali kemudian keluar lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad. Di tengah jalan, seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta, menghampirinya dan berkata, " Wahai Aba-al Hasan, belilah unta ini."
Ali berkata, " Saya tidak mempunyai wang."
Orang Badwi itu berkata, " Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa sahaja."
" Berapa harganya ? " tanya Ali yang menunjukkan minat.
" Tidak mahal, 100 dirham sahaja ", jawab Badwi itu.
" Baiklah, saya beli ", kata Ali yang kemudiannya meneruskan perjalanan menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya, " Hai Abu Hasan, adakah kamu hendak menjual unta ini ? "
" Ya ", jawab Ali.
" Berapa ? ", tanya orang Badwi itu.
Ali menjawab, " 300 dirham ".
" Baiklah, saya beli ", Kata Badwi itu dan terus memberikan wang sebanyak 300 dirham kepada Ali.
Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya, " Apa yang kamu bawa itu, wahai Abu Hasan ? "
Ali menjawab, " Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harta 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga 300 dirham".
" Aku setuju ", kata Fatimah.
Seterusnya, Ali pergi menemui Nabi Muhammad di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, nabi tersenyum dan berkata, " Wahai Abu Hasan, adakah kamu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita ? "
" Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah ", kata Ali.
" Hai Abu Hasan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi ? "
Ali menggelengkan kepala, " Tidak. Allah dan rasulnya yang lebih tahu ".
Nabi Muhammad menjelaskan, " Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat 50 dirham. Orang Badwi yang pertam menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail

11 ulasan:

eMMe berkata...

Sedekah senyuman buat yop ASJ, hihihihi...

Lya Colours berkata...

nice story to read on jumaat
selamat hari jumaat =)
penghulu segala hari

kelisa_samudera berkata...

tahap iman yg sgt tinggi. kalo tahap iman macam awok ni, konpem takkan bagi semua duit kat orang. mesti ada simpan sikit kat poket.

semoga awok akan menjadi seorang muslim yang sempurna.

DKosongLapan berkata...

kite ni seringgit pun kenkadang payah nak keluo...... berkighe..... tapi kalo hale ke tempat lainn...bulih jeee

makdara TERdiva berkata...

sedekah cinta bole x???

(^_^)"

kakyong berkata...

kesah yg baik utk membaiki hati... :)

a.samad jaafar berkata...

eMMe : sedekahmu kuterima hihihi..

a.samad jaafar berkata...

Kakyong : Sebenarnya sekadar ingatan pada diri sendiri..

a.samad jaafar berkata...

Sampai yg baik..walaupun dengan satu ayat...

a.samad jaafar berkata...

Kelisa : Teman pun same yeop.. tapi teman haghap satu masa nanti tuhan ghengan kan tangan ni yo ghajin bersedekoh..

a.samad jaafar berkata...

D_08 : teman sedih sebab ghase kekadang teman ni teghuk beno oghangnye..